Tempe, makanan yang tidak asing lagi bagi kita. Prosesnya diperbuat daripada fermentasi kacang soya menghasilkan satu juadah yang amat lazat untuk dimakan.

Tempe boleh digoreng begitu sahaja akan tetapi, tempe goreng kicap pedas pasti akan memberi kick kepada sesiapa yang merasainya. Tempe juga merupakan satu sumber protein yang baik. Jadi, ianya amatlah disarankan untuk dimakan.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Raja RosElyza Tengku Muhammad dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Tempe Goreng Kicap Pedas

image via Facebook

Bahan – bahan masakan:

  • Tempe (goreng garing)
  • Kacang tanah (goreng) 
  • Ikan bilis (goreng garing)
  • Bawang merah (hiris halus)
  • Bawang putih (hiris halus)
  • Cili api (cili ni bubuh lebih ya, nak bagi pedas)
  • Cili merah (hiris) 
  • Daun kari 
  • Kicap 
  • Gula melaka 
  • Sos cili 
  • Sos tiram

Cara – cara memasak:

  • Goreng tempe, kacang, ikan bilis (ketepikan)
  • Tumis semua bahan hiris sampai layu.
  • Masukkan kicap, dan semua jenis sos.
  • Letakkan gula, daun kari dan kacau.
  • Akhir sekali, masukkan bahan yang dah digoreng.
  • Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .