Mari kita belajar cara menghasilkan sambal kering ikan bilis. Sambal ini sangat sesuai untuk dimakan bersama dengan nasi putih. Cara menghasilkannya juga tidaklah susah dan tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan. Bahan-bahannya juga boleh didapati di pasar raya berdekatan. Apabila sudah siap nanti bolehlah dihidangkan semasa makan bersama seisi keluarga. Selain itu, boleh juga dijadikan bekal untuk suami pergi ke tempat kerja atau untuk anak-anak ke sekolah. Pastinya dapat menambah selera mereka apabila dapat merasa masakan anda. Jadi mari kita lihat bagaimana cara-cara untuk menyediakan sambal kering ikan bilis ini.

Resipi ini telah dikongsikan oleh Mariana Zainal di laman sosial Facebook dan telah mendapat banyak like dan perkongsian dan komen yang positif.

Resepi Sambal Kering Ikan Bilis

sambal kering ikan bilis
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 cawan ikan bilis (dikopek dan digoreng garing)
  • 2 cawang kacang tanah (digoreng)
  • 3 peket tempe ( dihiris tapi jangan terlalu nipis)
  • 5 sdb gula
  • Sedikit garam
  • 2 sdb air asam jawa (cair sahaja)
  • Sedikit serbuk perasa
  • 2 senduk minyak untuk menumis

Bahan kisar:

  • 20 – 25 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 3 – 4 ulas bawang putih
  • 2 sdb minyak masak

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak masak menggunakan api sederhana sahaja. Masukkan bahan kisar, gula, air asam jawa, sedikit garam dan tumiskan sehingga betul – betul masak dan berubah warna.
  2. Apabila sudah berbuih kecil, tutupkan api, biarkan sambal itu sejuk, kemudian masukkan tempe, ikan bilis dan kacang.
  3. Gaulkan semua sehingga rata.
  4. Masukkan dalam talam dan ratakan sehingga betul – betul sejuk barulah masuk kedalam bekas.
  5. Kalau nak sambal yang tidak melekit dan sudah siap sira, boleh bakar seketika dalam 10 -15 minit didalam ketuhar. Apabila sudah sejuk barulah simpan di dalam bekas.

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Anda memerlukan idea untuk masak apa? Tak mengapa, kami disini menyediakan beberapa resepi lain yang anda boleh cuba dan semestinya menarik dan sedap. Lepas ni, lebih banyaklah jenis resepi yang anda boleh hidangkan kepada keluarga. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini ya! Sehingga berjumpa lagi!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .