Ramai orang suka sandwich. Sandwich ialah makanan berupa dua keping roti yang menyepit daging atau sayuran dan diberi sos sehingga rasanya menjadi lebih enak.

Seperti yang terlihat pada resepi kali ini iaitu menggunakan ayam sebagai bahan utama isi sandwich. Permukaan roti disapu dengan marjerin terlebih dahulu baru kemudian diletakkan ayam dan sayuran yang dipotong kecil serta mayonais dan sos yang membuat sandwic terasa lebih menyelerakan dan baunya enak.

Sandwich sesuai untuk disantap dan dihidang secara pantas. Menyediakannya amat mudah, ia senang dibawa sebagai sarapan atau makan tengah hari dibawa ke pejabat disiapkan dalam bekas makan siang.

Sandwich mudah didapatkan di kedai-kedai runcit. Dijual dengan harga yang berpatutan dan berbaloi. Namun begitu, membuat sandwic ayam sendiri tentunya akan lagi berbaloi. Jom buat sandwic resepi daripada Zuraidah Ismail di laman Facebook.

Resepi Sandwich Ayam

Imej via Facebook

Bahan Untuk Ayam :

  • Isi ayam dihiris nipis lebar,
  • Tepung ubi,
  • Kicap masin,
  • Lada sulah.

Bahan Lain :

  • Tomato dipotong dadu,
  • Bawang besar dipotong dadu,
  • Seleri dihiris halus,
  • Daun ketumbar dihiris halus,
  • Salad dirajah halus,
  • Kobis ungu @ kobis biasa dihiris,
  • Lada hitam,
  • Mayonis,
  • Lemon,
  • Garam,
  • Cili sos,
  • Roti,
  • Majerin.

Cara-cara :

  1. Mula-mula goreng ayam terlebih dahulu dengan cara gaul ayam dengan lada sulah dan kicap masin.
  2. Kemudian masukkan tepung ubi. Gaul rata dan goreng ayam dalam minyak yang panas dan banyak.
  3. Jika ayam sudah kekuningan, boleh angkat ayam terus dipotong kecil-kecil.
  4. Berikutnya kerjakan roti dan isi, sapukan marjerin ke atas roti.
  5. Gaulkan bahan bawang besar, lada hitam, ayam, tomato, seleri, kobis, daun ketumbar, air lemon, garam dan salad ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  6. Selepas digaul rata. Ambil dengan sudu dan letak bahan isi di atas roti.
  7. Letak sos cili jika suka.

    Imej via Facebook

  8. Lapis dengan roti lain. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sandwic ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.