Terdapat pelbagai jenis sambal tempoyak yang boleh kita sediakan pada hari ini. Antaranya sambal tempoyak petai ikan bilis, sambal tempoyak pahang dan sebagainya. Selalunya, orang yang berusia memang menggemari sambal tempoyak tidak kira apa jenis sekalipun.

Pada perkongsian resepi pada kali ini khas buat penggemar lauk kampung Negeri Sembilan iaitu sambal tempoyak daun kayu. Jika anda sukar menemukan sambal tempoyak ini di kedai-kedai dan mahu merasai sendiri kesedapannya, perlulah anda mengikut resepi yang kita kongsikan ini. Pasti anda akan terpegun dengan rasanya apabila sudah siap untuk dihidangkan di atas meja makan nanti.

Mari kita lihat resepi yang telah dikongsikan oleh Shahrol Nizam Zack Zulkifli di laman sosial Facebook yang telah mendapat banyak perkongsian dan like.

Resepi Sambal Tempoyak Daun Kayu

sambal tempoyak daun kayu
image via Facebook

Bahan -bahan:

Bahan A:

  • 3 jenis pucuk ubi
  • Seikat daun pucuk labu
  • 10 helai daun kunyit
  • 6 batang cili merah
  • 6 ikat petai
  • 7 batang serai
  • 20 ulas bawang merah kecil
  • 20 ulas bawang putih
  • 3 senfuk besar tempoyak durian
  • 3 genggam ikan bilis
  • 2kg santan pekat
  • Garam dan ajinomoto
  • 500ml air

Bahan B:

  • 20 ulas cili padi
  • 3 ketul sederhana kunyit hidup
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih

Nota: Bahan B perlu dikisar

Cara – cara penyediaan:

  1. Bersihkan daun-daun, kemudian hiriskan semua jenis daun sehalus-halus yg mungkin.
  2. Hiris cili besar dan serai.
  3. Mayang bawang kecil dan bawang putih.
  4. Ambil periuk.
  5. Letak daun-daun dahulu di bahagian bawah.
  6. Kemudian, susun bahan-bahan lain.
  7. Masukkan bahan-bahan B.
  8. Masukkan tempoyak.
  9. Gaul sehingga sebati.
  10. Hidupkan api.
  11. Bila sudah sebati, masukkan santan pekat dan gaul sehingga rata
  12. Dah sekata dan nampak santan mula nak didih, masukkan air putih. Jangan masuk terlalu banyak. Pastikan air/santan tu menutup betul-betul sama paras dengan aras daun.
  13. Masukkan bahan perasa.
  14. Sesekali kacau lauk dari dasar takut hangus.
  15. Biarkan semua bahan campuran masak, daun-daun menjadi lembut dan warnanya bertukar gelap sedikit.
  16. Siap dihidangkan bersama nasi panas.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi yang telah kami kongsikan ini, kami telah kongsikan banyak lagi resepi-resepi lain. Sila lihat resepi tersebut di pautan di bawah. Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama rakan anda yang lain.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.