Resepi kali ini ialah cara menyedikan sambal nasi lemak yang power ala Afy AL Habibi‎ yang dikongsikan di laman Facebook.

Dipastikan sambal ini amat sedap dijadikan gandingan nasi lemak. Berbeza dengan sambal nasi lemak kebanyakan, selain rasanya sedap terangkat aroma sambal nasi lemak Afy ini juga sangat wangi dan menggoda selera. Menyatu dengan rasa nasi lemak menbuat ia semakin padu. Makan pun jadi bertambah-tambah.

Makan pula sambal resepi ini dengan kerang dendeng atau lauk lainnya, pergh! Heaven sungguh bukan? Ini resepi sambal lemak bukan biasa-biasa. Resepi daripada Afy AL Habibi ini sudah mendapat perkongsian sangat ramai di Facebook.

Sambal ini boleh dibuat stok. Boleh dibawa bercuti ke kampung. Musim hujan cepat pula perut lapar. Ada sambal ini jadi senang cicah dengan lempeng atau ubi kayu rebus panas-panas. Tidak semestinya nasi lemak ya. Fuhh sedap! Selamat mencuba.

Resepi Sambal Nasi Lemak

sambal nasi lemak

Imej via Facebook

Bahan Kisar :

  • 1 labu bawang kuning Holland,
  • 2 biji bawang merah saiz syiling 20 sen,
  • 1 ulas bawang putih,
  • Sedikit belacan (kalau alah belacan, gantikan dengan 1 ½ sudu besar udang kering / boleh masukkan sekali),
  • ½ genggam ikan bilis goreng.

Cara-cara :

  1. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Gunakan minyak gorengan ikan bilis.
  2. Kemudian masukkan semangkuk cili kisar.
  3. Sediakan secubit asam jawa. Larutkan dengan ¼ gelas air kosong dan tuang air asam jawa ke dalam bahan. Kacau rata.
  4. Tumis hingga cili pecah minyak dalam api perlahan. Tutup kuali. Biar ia mereneh dan cili betul-betul masak.
  5. Selepas bahan menggelegak, masukkan pula kira-kira 1 sudu besar ikan bilis goreng.
  6. Terus masukkan gula putih sebanyak 4 sudu besar.
  7. Masukkan sedikit garam. Tidak perlu banyak kerana ikan bilis sudah ketara masin.
  8. Untuk warna sambal merah maroon cantik dan rasa lebih kaw, masukkan 2 ½ sudu besar gula Melaka.
  9. Selepas sambal mula likat dan berkilat, boleh tutup api.
sambal nasi lemak

Imej via Facebook

Tips untuk rasa sambal yang enak dan tahan lama :

  • Guna cili kering besar dan cili kerinting untuk rasa sambal pedas-pedas manja.
  • Tahan berhari-hari di luar. Boleh juga simpan dalam peti suhu biasa untuk tahan lebih lama.
  • Kuantiti rasa terpulang atas cara masing-masing.
  • Mahu jadikan pes goreng bihun, mi atau kuey teow pun boleh.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sambal nasi lemak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.