Tentang

Bidadari.My telah bermula sejak tahun 2013 lagi. Motivasi dengan beberapa potong ayat suci al-Quran dan hadis baginda Rasulullah s.a.w. berkaitan ganjaran besar menanti mereka yang memberikan peringatan serta menyampaikan ilmu walaupun hanya satu ayat.

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
Surah Adz-Dzaariyaat 51:55

Alhamdulillah, dengan sokongan pelbagai pihak, wadah cetusan inspirasi ini dapat bergerak sehingga saat ini. Mudah-mudahan Tuhan merahmati dan mempermudahkan urusan kami menyampaikan ilmu kekeuargaan di  maya ini.

 

Visi Bidadari.my:

Menyediakan laman web pendidikan berbentuk online terbaik mengenai wanita dan kekeluargaan. Berkongsi ilmu dengan golongan pembaca dalam memperolehi inspirasi dan motivasi dalam meningkatkan diri, dan menaik taraf ekonomi diri, keluarga, bangsa dan juga agama untuk wanita.

 

Misi Bidadari.my:

  • Menghimpunkan artikel berkualiti  untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka, dalam industri masing-masing menerusi artikel di blog Bidadari.my. Contohnya seperti tips hubungan, kesihatan, anak dan banyak lagi mengenai wanita.
  • Meningkatkan jumlah pembaca blog sebanyak 10% setiap bulan.
  • Membina jenama yang kukuh dan dipercayai untuk Bidadari.my dengan melaburkan sejumlah wang bagi membina struktur website yang unik, dan mempunyai logo rasmi blog.
  • Menguatkan jenama Bidadari.my dengan cuba untuk mendapat perhatian pihak media rasmi seperti akhbar, televisyen, majalah atau buku.

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!