Terung, idea masakan apa yang terlintas di pikiran anda pikirkan apabila membincangkan pasal terung? Biasanya para ibu akan memasak terung goreng tepung, terung goreng berlada, selain terung goreng ada pula yang masak dalca menggunakan terung.

Apakah anda peminat terung lagi-lagi suka makan dengan sambal? Kerana kami ada resepi yang menarik konfirm anda akan suka. Ianya ialah resepi sambal terung bakar, di mana terung dan cili padi ialah bahan utama dalam resepi ini.

Yang membuat resepi ini makin menarik ialah kerana terung dibakar terlebih dulu sebelum digaulkan dengan sambal. Cara membuatnya pula tanpa tumis. Sangat senang dan mudah serta menitik air liur.

Jika ingin rasakan kesedapan yang lagi menggigit, anda boleh kreasikan dengan meletak ikan bilis kedalam sambal. Memang sangat sedap, makan dengan nasi putih boleh tambah sampai tiga pinggan.

Tanpa buang masa, mari tengok resepi sambal terung bakar yang dikongsikan oleh ‎Nordiana Mohamad‎ di Facebook. Mesti anda tidak sabar ingin tahu apa resepinya. Sila tengok di bawah ini.

Resepi Sambal Terung Bakar

sambal terung bakar

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Terung ungu 6 biji,
  • 4 biji bawang merah,
  • Belacan sebesar ibu jari,
  • 6 biji cili padi,
  • Setengah genggam ikan bilis,
  • Sedikit gula,
  • Sedikit ajinomoto.

sambal terung bakar Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Mula-mula, terung ungu dibakar di atas non stick pan. Sentiasa terbalik-terbalikkan terung supaya isi terung masak sekata.
  2. Bila terung sudah layu, angkat terung dan letak di atas pinggan.
  3. Kemudian asingkan isi terung dari kulit.
  4. Lalu tumbuk lumat bawang merah, belacan, cili padi dan ikan bilis.
  5. Seterusnya, letakkan bahan tumbuk di atas isi terung.
  6. Kemudian letak gula dan ajinomoto.
  7. Gaul rata. Siap untuk dihidang.
    *Garam tidak perlu letak sebab belacan dan ikan bilis sudah masin.

sambal terung bakar Imej via Facebook

6. Kemudian letak gula dan ajinomoto.

7. Gaul rata. Siap untuk dihidang.
*Garam tidak perlu letak sebab belacan dan ikan bilis sudah masin.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sambal terung bakar, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.