Viral sangat puding roti pelangi ini. Bahkan tiap-tiap weekend kena buat hidangan ini sebab banyak mendapat request dari para ahli keluarga. Terutamanya anak-anak. Betul kan?

Apakah anda juga merasakan hal yang sama? Hari-hari anak anda minta dibuatkan puding roti pelangi. Puding ini rasanya sedap, dan bentuknya yang penuh warna ini sangat menarik mata dan hati.

Selain daripada sedap, puding ini juga boleh bikin kenyang. Puding ini juga boleh anda buat sebagai makanan petang-petang mahupun untuk acara majlis. Konfirm akan terus lesap sekelip mata.

Tunggu apa lagi, kami hadirkan untuk anda resepi puding roti pelangi yang viral di laman Facebook dikongsikan oleh Zura Zul‎. Cara membuatnya senang saja, janji ada kemahuan dan penuh kasih sayang masa membuatnya. Barulah rasanya semakin tip top. Selamat mencuba.

Resepi Puding Roti Pelangi

puding roti pelangi

Imej via Facebook

Bahan-bahan : (loyang 8×8)

  • 20g agar-agar tali
  • 5 cawan air
  • 3/4 cawan gula

Bahan Blender :

  • 5 keping roti gardenia
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 penutup botol esen vanilla (star brand)
    *Blender hancur/halus

Cara-cara :

  1. Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan gula. Kacau-kacau rata.
  2. Kemudian masukkan bahan blender. Sentiasa kacau sehingga agak pekat. Tutup api.
  3. Bahagikan adunan agar-agar ke dalam 3-4 bekas. Warnakan ikut suka.
  4. Guna sudu/senduk untuk setiap warna berselang seling. Bertindan-tindan sehingga habis adunan.
  5. Bekukan dalam peti sejuk selama 2 jam.
  6. Kemudian potong. Hidang sejuk-sejuk lagi sedap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi puding roti pelangi, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.