Pulut bakar selalunya amat mudah untuk didapati di Kelantan. Namun begitu, sekiranya anda menetap di kawasan selatan atau utara, ianya menjadi amat susah untuk mencari pulut bakar yang asli. Pulut bakar merupakan kuih tradisional rakyat Malaysia khususnya di Pantai Timur. Pulut bakar selalunya dibalut bersama daun pisang dan dibakar di atas bara api.  Pulut bakar amat sesuai untuk dihidangkan bersama dengan teh o panas, sewaktu minum petang. Dengan ini, anda boleh menikmati minum petang anda bersama hidangan yang menyelerakan dan meluangkan masa bersama keluarga.

Langkah untuk menyediakan pulut bakar ini tidaklah susah dan sesiapa sahaja boleh menyediakannya. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Jadi jom, kita cuba resepi ini!

Resepi ini dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar dan mendapat banyak perkongsian serta komen positif di Facebook.

Resepi Pulut Bakar Kelantan

pulut bakar kelantan
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 500 gram beras pulut (direndam semalaman)
  • 200 gram gula
  • 300 ml santan pekat
  • 5 biji halba
  • 1 sudu teh garam
  • 5 kuntum bunga cengkih

Cara – cara menyediakannya:

  1. Toskan pulut dan kukus sehingga masak.
  2. Masak santan, garam dan gula sekejap sehingga gula larut.
  3. Masukkan halba dan bunga cengkih.
  4. Angkat dan sejukkan.
  5. Apabila pulut masak, gaulkan dengan santan tadi.
  6. Biarkan selama 4 hingga 5 jam supaya pulut dapat menyerap santan.
  7. Layur daun pisang di atas api dan potong mengikut saiz yang dikehendaki.
  8. Anda boleh membuat stail yang anda kehendaki kemudian letak pulut di dalamnya dan tekan sehingga padat.
  9. Bungkus dengan kemas.
  10. Panggang di atas bara api atau menggunakan oven api atas dan bawah.
  11. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi – resepi ini bersama yang tersayang. Moga anda sentiasa ceria di samping makanan yang sihat dan mudah untuk disediakan. Sehingga berjumpa lagi di masa akan datang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .