Trifle ialah makanan gaya barat di mana ia bermaksud hidangan pencuci mulut yang terdiri daripada buah-buahan, jelly, kastard dan whipped krim yang mana bahan-bahan ini disusun berlapis-lapis dalam mangkuk trifle bagi menampakkan lapisan dessert nya.

Puding trifle tampak sangat menggoda dan segar. Sebagaimana resepi trifle yang dibuat oleh Suriea Mohd Noor‎ di laman Facebook. Trifle ini menggunakan jelly, cocktail fruit, kastard dan swiss roll. Namun begitu ada beberapa resepi yang meletak kek sebagai pengganti swiss roll. Ikut selera masing-masing.

Apapun resepinya puding trifle sentiasa menjanjikan rasa yang menyegarkan dan nikmat sungguh. Makan trifle sejuk-sejuk pada masa tengah hari. Wah, sedap sungguh!

Selepas tengok resepi yang kami kongsikan ini mesti anda jadi makin teringin buat trifle. Dengan resepi yang mudah boleh menghasilkan trifle paling lazat. Selamat mencuba.

Resepi Puding Trifle

puding trifle

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 Swiss roll perasa pandan,
  • 1 tin fruit cocktail (asingkan air dan buah),
  • 2 kotak kristal jelly cap Nona,
  • 1 tin susu cair,
  • 1 tin air,
  • 7 sudu gula pasir,
  • 4 sudu besar tepung kastad – sukatan membukit.

Cara-cara :

Lapisan 1 :

  1. Potong Swiss roll anggaran 1.5 cm tebal, susunkan dalam acuan pilihan. Padatkan agar tidak ada ruang.
  2. Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu. (Air fruit coktail mungkin berbaki, tidak perlu habiskan).

Lapisan 2 :

  • 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api. Tunggu sekejap.
  • Sambil tunggu susu mendidih, bancuhkan 4 sudu tepung kastard dengan ½ tin air.
  • Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.

Lapisan 3 :

  1. Buah koktail tadi ditabur ke atas lapisan 2 (kastard). Ketepikan sekejap.

Lapisan 4 :

  1. Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly hingga mendidih.
  2. Masukkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).
  3. Siap.
puding trifle

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi trifle, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.