Sekali makan pulut mangga ini memang boleh jadi ketagih. Pulut mangga ialah dessert tradisional daripada Thailand, oleh sebab itu pulut mangga selalunya dihidangkan di restaurant ala Thailand.

Sepinggan pulut mangga biasa harganya mencapai RM 5-8 ringgit. Satu porsi tidak terlalu banyak, hanya beberapa potong mangga dengan satu senduk pulut dengan kuah santan.

Jika anda pernah makan pulut mangga, anda mesti teringin lagi dan lagi. Kombinasi rasa manis mangga dengan liatnya pulut serta santan sangat menarik dan bikin ketagih.

Membuat pulut mangga sangat senang, tidak memakan masa yang lama kecuali untuk menyediakan pulutnya. Yang paling penting ialah keenakan santan yang lemak manis tersebut. Oleh itu resepi yang sedap dan terangkat sangat diperlukan untuk membuat pulut mangga yang lazat.

Tanpa tunggu lama, di bawah ini kami tuliskan resepi pulut mangga yang mudah, lezat terangkat. Resepi ini dikongsikan oleh ‎Munirah Jafar di laman Facebook. Jom tengok resepinya.

Resepi Pulut Mangga Thai Special

pulut mangga

Imej via Facebook

Bahan-bahan Pulut Mangga :

  • 400 gram beras pulut direndam semalaman,
  • 1 cawan santan pekat,
  • 1 cawan santan cair,
  • 2-3 sudu besar gula,
  • Sedikit garam,
  • Beberapa helai daun pandan atau daun pisang,
  • 2 sudu besar bijan dibakar tanpa minyak untuk taburan,
  • 3 biji mangga.

Bahan Untuk Kuah Santan :

  • 1 cawan santan pekat,
  • 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung dibancuh dengan sedikit air,
  • 1 helai daun pandan dicarik dan simpul,
  • Garam secukup rasa (biar kuah agak masin).

Cara Membuat Pulut :

1. Mula-mula panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.

2. Kemudian bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya.

3. Setelah kering airnya, masukkan pulut ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.

3. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.

4. Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam. Kacau sebati.

5. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi.

6. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut.

7. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.

8. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.

pulut mangga

Imej via Facebook

Cara Membuat Kuah Santan:

1. Mula-mula panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana.

2. Kemudian masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.

3. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.

pulut mangga

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi pulut mangga, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.