Hidangan ikan tiga rasa antara resepi kegemaran ramai. Tidak kira kanak-kanak hingga orang tua suka makan ikan tiga rasa.

Rasa masakan ini haruslah terasa manis, pedas dan masam barulah menjadi tiga rasa tersebut. Apalagi kalau ikan yang digunakan ialah ikan siakap yang memang terkenal paling sedap dimasak tiga rasa. Lagi berselera makan.

Dari banyak-banyak resepi, resepi ikan siakap tiga rasa daripada ‎Afy AL Habibi‎ di laman Facebook ini antara yang mendapat perkongsian ramai. Kerana ia menggunakan resepi yang sedikit berbeza berbanding resepi lain  umumnya.

Tanpa membuat anda tertunggu, sila intip resepi ikan siakap tiga rasa di bawah ini dan kongsikan kepada jiran dan rakan anda. Selamat mencuba.

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa

siakap tiga rasa

Imej via Facebook

Bahan tumbuk :

  • 2 hiris halia,
  • 3 ulas bawang putih,
  • ½ sudu kecil garam,

Bahan potong :

  • ½ biji bawang merah- dadu,
  • ½ biji bawang Holland- dadu,
  • 2 ulas bawang putih – dadu,
  • 2 helai daun limau purut,
  • 2 hiris halia- hiris memanjang,
  • 3 tangkai cili padi merah,
  • 1 tangkai cili besar hijau,
  • 1 batang serai- hiris serong,
  • 1 hiris nanas- hiris dadu.

Bahan kisar :

  • ½ biji bawang merah,
    ¼ biji bawang Holland,
  • 1 ulas bawang putih,
  • ¼ sudu kecil ketumbar dan jintan putih,
  • 2 hiris nipis serai,
  • ¼ hiris nipis halia.

Bahan lain :

  • ¾ sudu besar tepung jagung,
  • Minyak,
  • Daun salad.
  • 1 ½ senduk cili kering kisar,
  • 1 senduk cili sos Life.
  • 1 sudu besar sos tiram,
  • ¾ cawan air asam jawa (secubit asam jawa + ¾ cawan air).
  • 1 ¾ sudu besar gula,
  • ¾ sudu kecil garam,
  • ½ sudu besar perencah Hilal.

Cara-cara :

  1. Mula-mula perap ikan setengah jam dengan bahan tumbuk. Belah ikan ala ‘fillet’ atau ikut suka.
  2. Selepas diperap, tabur rata tepung jagung di depan dan belakang ikan untuk elak ikan melekat dan isinya lebih rangup.
  3. Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak. Angkat setelah ikan garing pada kedua-dua bahagian. Terus letak di atas daun salad yang telah dihias.
  4. Sementara itu, goreng kesemua bahan potong kecuali cili dan nenas.
  5. Kemudian masukkan pula 1 senduk bahan kisar. Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
  6. Masukkan cili kering kisar. Tutup kuali dengan penutup seketika. Biarkan ia pecah minyak.
  7. Tambahkan 1 senduk cili sos Life.
  8. Masukkan juga 1 sudu besar sos tiram.
  9. Masukkan air asam jawa. Kacau sekata dengan api sederhana perlahan.
  10. Perasakan dengan gula, garam dan perencah Hilal. Segala kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
  11. Akhirnya masukkan potongan nenas.
  12. Masukkan juga sedikit cili potong.
  13. Tutup api. Siap. Kuah sedia untuk dicurahkan di atas badan ikan.
  14. Hiaskan dengan baki cili potong dan hirisan limau nipis.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ikan siakap tiga rasa, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.