Kalau pergi restoran cina muslim mesti selalu pesan dumpling sebagai menu pelengkap. Penggemar dumpling jangan risau akan resepi kerana sekarang kami membongkar resepi dumpling yang lazat.

Terdapat pelbagai jenis dumpling, antaranya dumpling daging, dumpling ayam, dumpling kambing dan lain-lain. Bahkan ada pula yang mencampurnya misal : dumpling ayam cendawan, dumpling daging lobak merak ataupun dumpling kambing daun sup.

Kebanyakan hal yang membuat orang tidak berani cuba membuat dumpling ialah bahagian membuat kulitnya. Dikuatiri hasil kulitnya tidak selembut dumpling restoran. Namun dalam perkongsian resepi daripada Faridah Koshim yang dikongsikan di Facebook. Kami akan menerangkan cara menghasilkan kulit dumpling yang lembut.

Tanpa tunggu lama, sila cuba respi dumpling ayam/daging kulit wantan cara di bawah ini. Hidangkan dengan sambal pedas dan kuah sup lagi sedap. Selamat berdumpling semua.

Resepi Dumpling Ayam

dumpling

Imej via Facebook

Bahan Kulit Wantan :

  • Tepung gandum 3 cawan,
  • Tepung jagung @ tepung ubi ¾ cawan,
  • Minyak masak 2 sudu besar,
  • Garam,
  • Air panas secawan/sehingga doh sebati tidak lekat di tangan.

Bahan Inti Dumpling :

  • Isi dada ayam 2 keping. (Kalau mahu guna daging pun boleh),
  • Isi udang setengah cawan (saya tidak letakkan sebab tidak ada, saya ganti sos ikan 2 sudu kecil),
  • Telur ayam sebiji,
  • Carrot sebatang (cincang),
  • Daun bawang (cincang),
  • Cili padi sebiji (cincang),
  • Bawang merah sebiji (cincang),
  • Bawang putih 2 biji (cincang),
  • Lada sulah,
  • Minyak bijan 2 sudu kecil,
  • Sos tiram 2 sudu kecil,
  • Kicap cair 2 sudu kecil (saya guna kicap kipas udang),
  • Garam,
  • Gula,
  • Tepung jagung 2 sudu besar.

Cara-cara :

  1. Untuk kulit dumpling, campurkan tepung gandum, tepung jagung, garam, minyak dan air panas.
  2. Gaul bahan sehingga tidak lekat di tangan. Perap dalam 20 minit dalam bekas bertutup.
  3. Untuk inti, blend isi ayam dan udang dengan telur sekali.
  4. Kemudian campak semua bahan-bahan dan gaul semua sekali dengan cili, carrot, bawang dan semua jenis sos.
  5. Akhir sekali campurkan tepung jagung 2 sudu besar dan gaul dalam inti.

    dumpling

    Imej via Facebook

  6. Tabur tepung jagung @ tepung ubi.
  7. Bulat-bulatkan kulit, leperkan dan masukkan inti 1 sudu besar dan kemaskan tepinya dengan cara picit-picit saja. Tidak perlu kelim macam kulit karipap.

    dumpling

    Imej via Facebook

  8. Kukus selama 10 minit.
  9. Siap. Kalau mahu goreng atau rebus pun boleh.
dumpling

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi dumpling , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.