Selera orang Malaysia pasti sukakan pedas dan manis kan? Kali ini kami bawakan sebuah resepi khas yang dibawa terus daripada Thailand. Bagi sesiapa yang menggemari juadah ikan, ini adalah untuk anda.

Resepi kali ini adalah resepi Talapia Masak Pedas Thai. Ianya dapat mengecurkan air liur sesiapa sahaja yang mendengar dan melihatnya. Aromanya juga sangat harum dapat membangkitkan selera semua yang berada disekelilingnya. Cara pembuatannya juga mudah serta bahan – bahannya mudah untuk didapati. Oleh itu, tidak mustahil sesiapa juga boleh menyediakannya.

Bagi yang ketandusan idea untuk masak apa hari ini, atau mungkin ingin masak sebuah juadah yang lain daripada yang lain, anda bolehlah mencuba resepi ini. Resepi ini telah dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad dan telah mendapat ribuan shares dan likes di Facebook.

Resepi Talapia Masak Pedas Thai

talapia masak pedas thai
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 ekor ikan talapia (guna siakap pun boleh)
  • 1 sdb sos ikan
  • 1 sdb cili kisar
  • 1 sdc thai chilli paste
  • 5 ulas bawang putih -dicincang halus
  • 7 – 8 biji cili padi hijau -dihiris
  • 1 biji cili merah – dicincang halus
  • Sedikit garam dan gula
  • 1 cawan air
  • Daun limau purut
  • Halia -dihiris
  • 1 sudu olive oil -guna minyak masak pun boleh
  • Jus perahan limau

Cara – cara memasak:

  1. Ikan talapia disalut dengan kunyit dan garam. Kemudian, ikan tersebut digoreng dan diketepikan. Bahan yang perlu dicincang seperti bawang, cili merah, cili padi, halia ditumis.
  2. Masukkan satu sudu cili kisar, 1 sudu pes cili thai, dan sedikit sos cili thai. Kemudian, tambahkan air dan masak sehingga mendidih.
  3. Seterusnya, masukkan jus perahan limau, sos ikan dan daun limau purut. Masak lagi sehingga kuah pekat.
  4. Akhir sekali, masukkan gula dan garam secukup rasa. Siap! Curahkan ke atas ikan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat variasi resepi yang anda boleh cuba disini. Pastinya, ini akan dapat menarik hati sesiapa yang merasakannya. Jangan lupa untuk tekan butang “share” dan kongsikan kepada semua ya! Jumpa lagi nanti!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.