Apabila lalu di depan kedai , terliur tengok orang sedap makan mee hoon, belum lagi menghidu aroma kuah supnya yang wangi menusuk hidung. Tegak bulu remang rasa teringin makan seketika itu juga.

Jika tengah naik mood rajin, anda semua baik cuba masak resepi mee hoon sup ini. Resepinya telahpun kami bentangkan di bawah ini. Resepi mee hoon sup spesial yang dikongsikan oleh Mimin Alibabadi laman Facebook.

Resepi ini dikatakan spesial sebab resepi supnya ada belacan dan sambal kicap extra pedas. Kalau ingin makan sup ayam atau sup daging, wajib ikuti resepi ini.

Kalau teringin buat untuk niaga pun boleh juga. Jika mengikuti resepi sedap ini mesti mee hoon sup anda sentiasa mendapat sambutan ramai. Selamat mencuba.

Resepi Mee Hoon Sup

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bawang Holland 2 biji,
  • Bawang putih 1 buku,
  • Halia 3 inci,
  • Serbuk jintan manis 1 sudu kecil,
  • Lada hitam 1 sudu kecil,
  • Ayam 1 ekor,
  • Belacan bakar 2 inci,
  • Air asam jawa diramas dan tapis,
  • Air secukupnya,
  • 2 ketul kiub daging,
  • Garam,
  • Sayur sawi, fish cake, fish ball dan carrot.

Bahan hiasan :

Bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta sambal kicap.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang Holland, bawang putih dan halia.
  2. Masukkan serbuk jintan manis dan lada hitam, tumis lagi.
  3. Kemudian masukkan ayam yang sudah dipotong kecil.
  4. Biarkan sampai kering sedikit.
  5. Masukkan belacan, biar mendidih.
  6. Kemudian tambahkan air secukupnya.
  7. Masukkan lagi 2 ketul kiub daging dan garam.
  8. Akhir sekali boleh tambah apa-apa bahan lain seperti sayur sawi, fish cake, fish ball dan carrot.
  9. Masukkan bahan hiasan.
  10. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi mee hoon sup, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.