Jika anda menyukai biskut coklat chips dan brownies maka sepatutnya anda mesti akan suka congo bar kerana ianya ialah kombinasi kedua-dua makanan ini.

Congo bar ialah sejenis brownies coklat chip tanpa menggunakan coklat hitam. Sebaliknya, congo bar malah menggunakan vanila. Congo bar mempunyai rasa yang manis dan sedap yang tidak memuakkan. 

Congo bar merupakan salah satu variasi daripada blondie, di mana untuk membuat brownies ini tidak menggunakan coklat hitam mahupun coklat putih sama sekali.

Congo bar sedap dijadikan dessert untuk tetamu, mahupun untuk jamuan dalam mesyuarat dan jamuan acara lain. Di bawah ini kami kongsikan resepi congo bar yang mudah dan sedap, resepi daripada Kak Chik Dalila‎ di laman Facebook. Sila cuba resepinya.

Resepi Congo Bar

congo bar

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 3/4 ketul butter / 1 cawan butter @ marjerin,
  • 1 1/4 cawan gula perang,
  • Secubit garam,
  • 1 sk esen vanila,
  • 3 biji telur saiz [email protected],
  • 2 1/2 cawan tepung gandum diayak,
  • 2 1/2 sk baking powder,
  • 1 cawan coklat chip,
  • Sedikit badam @ kacang,
  • Loyang 9×9 yang dilapik baking paper.

Cara Membuat :

  1. Mula-mula, mix @ pukul butter, gula perang, garam dan esen vanila sehingga sebati tidak perlu kembang.
  2. Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji.
  3. Seterusnya masukkan tepung sedikit demi sedikit.(Adunan sedikit kental ya).
  4. Terus masukkan coklat chip dan kekacang dalam loyang.
  5. Akhir sekali taburkan coklat chip di atas permukaan loyang.
  6. Seterusnya bakar pada suhu 160’C selama 30 minit.
    (Jangan over cook ya. Kalau pada minit 20 sudah perang, sila cek kalau tak melekat sudah kira masak).

Resepi Menarik Lain

Selain resepi congo bar, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.