Laksa merupakan makanan jenis mee berkuah yang sedikit pedas untuk menambah kelazatan juadah tersebut. Laksa yang famous di Malaysia adalah Laksa Penang yang bukan sahaja sangat digemari oleh masyarakat utara Malaysia Malaysia malahan di serata Malaysia mahupun di luar Negara. Namun, apa yang paling best ialah laksa mempunyai banyak jenis yang mana semuanya sedap-sedap.

Selain laksa penang, terdapat juga laksa Kelantan, laksa johor dan laksa Sarawak. Masing-masing mempunyai citarasa unik yang tersendiri. Bagi anda yang tidak pernah mencuba laksa selain laksa penang, kami cadangkan agar anda mencuba kesemua jenis laksa agar anda mampu menikmati setiap keunikan dan keenakan kepelbagaian makanan di Malaysia tercinta ini.

Hari ini kami akan kongsikan resepi laksa Sarawak yang telah diambil dari saudari Fatin Fatiha di Facebook. Laksa Sarawak sangat unik kerana menggunakan bihun sebagai laksanya. Rasa kuahnya pula seakan kuah kari dan sedikit berlemak. Untuk hidangan, terdapat banyak bahan-bahan yang perlu disediakan untuk menjadikan laksa Sarawak ini sedap!

Resepi ini menggunakan pes laksa Sarawak dan sedikit serbuk kari. Jadi, anda tidak perlu bersusah payah untuk sediakan pes di dapur. Beli sahaja pes laksa Sarawak di kedai dan masukkan ke dalam masakan anda. Confirm menjadik ya kalau tuan-tuan dan puan-puan tak tersalah beli pes. Tersalah beli pes lain, jadi masakan lain lah pulak. Ok, jom kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Resepi Laksa Sarawak (3-4 orang)

Laksa Sarawak

Image via Facebook

Bahan-bahan:

Kuah Laksa:

1 Pes Laksa Sarawak (Selalu guna pes laksa Hj Manan or Liza)
2 kotak santan kecil / 2 peket santan serbuk
1 kiub ayam
1 kari peket kecil* (wajib klu ikut resepi ini)
1 Liter air (Guna botol air mineral kecil – 2 sukatan)
Garam/perasa (jika perlu)

Cara Penyediaan:

1. Masukkan 1 liter air ke dalam periuk
2. Masukkan pes laksa, santan, kiub ayam dan serbuk kari
3. Masak hingga mendidih
4. Sesudah mendidih, tutup api.
5. Tapis kuah & siap 😊
*Tambah garam/perasa, jika perlu

Hidangan:

1. Bihun
2. Ayam (rebus & dicarik2)
3. Udang (celur sahaja)
4. Tauge (celur sahaja)
5. Telur (boleh Rebus / masak telur dadar & hiris)
6. Daun ketumbar (hiris halus)
7. Cili padi/hijau (hiris)
8. Sambal belacan (tumbuk cili padi + belacan)
9. Limau kasturi
*Bahan-bahan hidangan ni ikut selera masing-masing. (Kalau suka kubis, letak kubis. Kalau suka bawang goreng, letak ja. Ikut kreativiti masing-masing yer).

Selain resepi ini, terdapat banyak lagi resepi-resepi lain yang kami paparkan buat anda. Jangan lupa untuk mencuba kesemuanya ya! Boleh LIKE dan SHARE ya!

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.