Pada zaman dahulu, nasi briyani hanya dihidangkan pada majlis majlis istimewa seperti kenduri kahwin ataupun majlis perayaan dan rumah terbuka. Namun kini, nasi briyani boleh didapati dimana mana sahaja. Selalunya, orang melayu lebih minat akan nasi briyani ayam, namun masyakarat india lebih minat dan popular bersama nasi briyani kambing.

Dengan peredaran masa serta perkembangan teknologi maklumat, pelbagai resepi boleh diperoleh hanya dihujung jari sahaja. Kali ini, memandangkan hari ini merupakan hari Deepavali, kami bawakan khas kepada anda nasi briyani kambing! Oleh kerana resepinya amat mudah untuk diperoleh, semua orang tak kira kaum kini boleh mencuba dan jatuh cinta pada hidangan ini.

Resepi yang kami bawakan ini telah dikongsikan oleh MrsNor Wahid dan telah mendapat ribuan perkongsian di Facebook! Jom kita cuba!

Nasi Briyani Kambing

nasi briyani kambing

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kilogram kambing
  • 2 ½ pot berasmati /beras hidup pun boleh (di rendam setengah jam sehingga tersejat)

Bahan rempah masala:

Nota: Campur semua bahan ini dijadikan pes

  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 2 sudu besar serbuk kari daging

Tumbuk /mayang/blender:

  • 6-7 biji bawang merah
  • 4-5 biji bawang putih
  • 3- 4 inci halia

 

  • Rempah 4 sekawan – bunga cengih, pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis
  • ½ cawan Minyak sapi + ½ cawan minyak biasa
  • 3-4 biji tomato – dipotong dadu
  • 1 cawan daun ketumbar- dipotong
  • 1 cawan daun pudina – dipotong
  • 3-4 helai daun salam1 cawan plain yogurt
  • 1 cawan susu segar / 1 cawan santan pekat
  • ¼ cawan raisin
  • ¼ cawan biji gajus

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak kelapa
  2. Tumis rempah 4 sekawan hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bahan tumbuk/blender dan daun salam– naik bau masukkan pes rempah.
  4. Bila pecah minyak masukkan kambing . Kacau hingga sebati.
  5. Kemudian masukkan yogurt ½ cawan + 1 cawan susu. Kacau sebati.
  6. Masukkan garam, gula dan 1 buku pati ayam – rasa masin manisnya. Tutup periuk kasi kambing empuk .
  7. Bila dah empuk, masukkan beras, buah tomato, daun mint, daun ketumbar. Kacau sebati.
  8. Bila sebati masukkan air. Kalau 2 pot beras, sukatan air 1 cawan sebab dah masuk susu dan yogurt tadi dah 1 ½ cawan . Nota: Masa ni saya pindah ke kukusan bila air hampir kering, taburkan raisin dan gajus. Saya kukus nasi hingga masak.

Air Lada

Bahan – bahan:

  • 2 biji lada merah
  • 3 biji cii padi (nak pedas lebih kan)
  • 1 biji tomato
  • 2-3 batang ketumbar
  • Sedikit belacan

Cara – cara:

  1. Semua di blender kasar, kemudian campur dengan garam, gula dan sedikit cuka. Rasalah masin manisnya

Acar

Bahan – bahan:

  • 1 batang timun – dihiris
  • 1 batang carrot – dihiris
  • 2 biji tomato – dihiris
  • 1 biji bawang besar- dihiris
  • 3 ulas bawang merah- dihiris
  • 4 sudu besar cuka- dihiris
  • 2 biji lada merah- dihiris
  • 2 biji lada hijau- dihiris
  • Daun ketumbar
  • Gula garam secukup rasa

Cara – cara:

  1. Gaul semua bahan hiris.
  2. Campur sekali cuka, gula dan garam

Nota: Jika nak cukup pasangan, goreng papadum. Yang saya buat, ada kuah. Masa tumis rempah tu, saya lebihkan air untuk dijadikan kuah. (tengok pada langkah nombor 8) Sebelum masukkan beras saya keluarkan air itu untuk dijadikan kuah. Ini kena pandai agak supaya nasi tak menjadi lembik.

Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi nasi briyani kambing ini, terdapat banyak resepi yang semestinya anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Bila perut mereka kenyang, hati pun senang. Jangan lupa juga untuk tekan butang kongsi dan kongsikan resepi ini juga ya!

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.