Siapa suka kambing? Siapa pernah rasa sup kambing mamak seperti nasi kandar Pelita?

Kerana rindu akan sup kambing nasi kandar Pelita nun jauh di sana, terpaksa buat sup kambing sendiri.

Resepi sup kambing ala mamak sedap ini telah dikongsikan oleh Bunga Lavender di laman Facebook. Resepi dengan perkongsian ramai ini patut anda cubakan.

Mulai sekarang tidak pening lagi untuk memikirkan menu masak kambing. Resepi sup kambing mamak boleh menjadi hidangan yang menarik untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Resepi Sup Kambing Ala Mamak

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 kg tulang kambing campur isi,
  • 2 sudu besar minyak ghee,
  • 2 sudu besar minyak kelapa sawit,
  • 4 biji bawang merah*,
  • 1 labu bawang putih diketuk,
  • ½ labu bawang putih*,
  • 2 inch halia*,
  • 1 batang kayu manis,
  • 3 biji bunga lawang,
  • 5 biji buah pelaga,
  • 3 sudu kecil serbuk kunyit,
  • 2 biji kentang,
  • 1 packet kecil serbuk sup adabi,
  • 3 sudu besar rempah kurma adabi,
  • 1 sudu kecil biji lada hitam.

(Blend bahah bertanda *.)

Cara-cara :

  1. Perapkan tulang dan isi dengan serbuk kunyit.
  2. Rebuskan tulang dengan 1 labu bawang putih diketuk. Saya guna periuk high pressure cooker. Pastikan daging empuk.
  3. ‎Rebuskan kentang di periuk asing. Kemudian blend. Boleh blend dengan kulit atau kupas.
  4. ‎Panaskan periuk, masukkan minyak ghee dan kelapa sawit.
  5. ‎Tumiskan buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
  6. ‎Masukkan bahan blend. Tumis sehingga pecah minyak.
  7. Tumiskan sekali rempah sup dan rempah kurma.
  8. ‎Kemudian masukkan air tulang dan isi.
  9. Renehkan sehingga menggelegak dan masukkan kentang dan lada hitam.
  10. Perasakan garam.
  11. ‎Siap. Boleh di hidang dengan roti atau nasi panas.
  12. Buat cecah kicap pedas dan potong limau nipis. Makin terasa sedap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sup kambing, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.