Siapa suka makan sushi? Sushi ialah makanan khas berasal dari Jepun. Ianya terdiri dari nasi (menggunakan beras khas sushi) yang digulung dengan seaweed bersama bahan-bahan pelengkap lain seperti ayam, crab stick dan sayur.

Namun tidak semua masyarakat Melayu suka sushi di mana budaya dan selera masyarakat Melayu dengan Jepun memang berbeza. Oleh itu Siti Nor ‘Ain Mayan di laman Facebook berkongsikan resepi sushi yang sesuai tekak Melayu. Jangan risau ianya masih guna resepi asas sushi asli Jepun dengan modifikasi sedikit saja pada resepi.

Resepi Puan Siti menggunakan secret weapon iaitu sambal bilis hitam yang membuat rasa sushi buatan air tangannya ini digilai ramai. Kalau malas buat sambal bilis boleh ganti dengan sambal nasi lemak ataupun guna sos apapun yang sesuai. So, shushi anda akan lebih sedap dan tidak rasa tawar.

Tips penting agar sushi sedap ialah elok guna timun jepun kerana timun jepun bentuknya kecil-kecil. So, kurang berair berbanding timun biasa. Cuka pula penting untuk elakkan nasi cepat basi.

Seaweed pula kena pandai beli kerana ada yang untuk makan saja dan bukan untuk buat shushi. Boleh tengok tanda halal dan rujuk gambar di belakang plastik untuk arahan buat sushi. Lain kalau anda pandai baca hiragana boleh terus beli.

Pisau pula kena tajam. Kalau tidak tajam maka potong shushi tidak cantik. Selamat mencuba.

Resepi Sushi Ala Jepun

sushi

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Beras sushi (boleh beli di Giant). Kalau tidak ada boleh letak beras campur pulut, kiraannya 2:1.
  • Gula,
  • Cuka,
  • Garam,
  • Timun jepun,
  • Carrot,
  • Cili padi hijau,
  • Bilis,
  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Minyak masak,
  • Telur dadar,
  • Crab stick celur @ Ayam goreng tepung,
  • Seaweed.
  • Tikar penggulung sushi.

Cara-cara :

  1. Mula-mula cuci beras sushi dan sukat air.
  2. Lepas sukat air terus masukkan gula, cuka 1 sudu (untuk elakkan nasi cepat basi) dan garam.
  3. Kemudian masak beras sushi macam biasa tapi kena masak lembik sedikit. Supaya senang lekat dan nasi tidak terkeluar bila digulung.
  4. Timun dan carrot dipotong panjang-panjang.
  5. Untuk buat sambal bilis garing, blend cili padi hijau, bilis, bawang merah, bawang putih, garam, gula.
  6. Masak bahan cili dengan minyak yang banyak. Jika sudah garing sedikit, angkat dan toskan minyak.
  7. Telur dadar dipotong panjang-panjang.
  8. Crab stick dicelur.
  9. Ayam goreng tepung panjang-panjang. Celup telur dan golek dalam tepung ayam serbaguna apa-apa jenama boleh.

Cara Menggulung :

  1. Pertama sekali letak seaweed sekeping di atas tikar shushi.
  2. Kemudian letak nasi. Tekan-tekan nasi. Jangan bagi lapisan nasi jadi tebal dan penuh sangat nanti terkeluar dan susah gulung. Buat lapisan nipis sahaja.

    sushi

    Imej via Facebook

  3. Lepas itu letak secret weapon. Sambal bilis atau apa-apa sos yang anda suka.
  4. Letak sayur dalam 2-3 biji.
  5. Letak ayam dengan susunan memanjang.
  6. Letakkan telur.

    sushi

    Imej via Facebook

  7. Gulung perlahan-lahan. Tekan-tekan dan pastikan padat.

    sushi

    Imej via Facebook

  8. Jika sudah padat, boleh terus potong.
  9. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sushi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.