Mencari hidangan ayam yang menarik?

Kali ini kami hadirkan resepi sedap sweet sour chicken yang didatangkan dari laman Facebook, dikongsikan oleh Wan LuQman‎ dan telah mendapat perkongsian amat ramai.

Dengar macam susah buat tapi rupanya resepi ini mudahlah sangat. Menggunakan isi ayam yang dipotong kecil-kecil. Ayam kemudian digoreng tepung.

Kesedapan hidangan ini ada pada kuah sweet sournya. Kerananya penting untuk guna resepi yang sedap dan lazat. Supaya sweet sour nya menjadi dan sedap tekak makan. Sila cuba resepi di bawah ini.

Resepi Sweet Sour Chicken

sweet sour chicken

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Isi ayam,
  • Sebiji telur,
  • Satu sudu besar kicap cair,
  • Tepung gandum,
  • Lada sulah,
  • Lada hitam,
  • Bawang merah,
  • Lada benggala,
  • Bawang putih,
  • 3 sudu besar sos cili thai,
  • 2 sudu sos tomato,
  • Satu sudu besar nampla,
  • Setengah cawan kecil air,
  • Tepung jagung,
  • Daun bawang dan daun sup,
  • Sedikit bijan.

Cara-cara :

  1. Mula-mula isi ayam dipotong kecil.
  2. Kemudian pukul sebiji telur bersama sesudu besar kicap cair.
  3. Batterkan ayam dalam bancuhan telur dan perap selama 10 minit.
  4. Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum dengan lada sulah dan lada hitam.
  5. Kemudian gaulkan isi ayam tadi dalam tepung.
  6. Goreng ayam.

    sweet sour chicken

    Imej via Facebook

  7. Tumis sekejap bawang merah, lada benggala, dan bawang putih.
  8. Untuk buat sos sweet sour, 3 sudu besar sos cili thai ditambah 2 sudu sos tomato. Masak campuran sos tadi dan campurkan sesudu besar nampla dan setengah cawan kecik air.
  9. Bancuhkan sedikit tepung jagung dan masukkan untuk tujuan pekatkan kuah.
  10. Jika sos sudah siap, terus masukkan ayam dan daun bawang.
  11. Taburkan sedikit bijan dan daun sup sebagai hiasan.
  12. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sweet sour chicken, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.