Di entry yang lepas, kami telah kongsikan resepi sup cendawan yang lemak dan pekat berkrim. Ia sangat lazat untuk dicicah bersama dengan roti atau dimakan begitu sahaja. Sangat mengenyangkan. Kali ini pula kami akan paparkan resepi sup sayur cendawan yang sangat berkhasiat buat seisi keluarga anda.

Cendawan yang sedap dimasak sup ialah cendawan tiram. Cendawan tiram ni memang sesuai untuk dimasak apa sahaja seperti sup, tomyam, goreng mahupun gulai. Rasanya yang kenyal dan tidak mudah lembik apabila dimasak menjadikan ia sangat berselera untuk dimakan bersama dengan nasi putih yang panas.

Cendawan tiram ni bagus tau sebab ia memang organik dan tiada menggunakan bahan kimia untuk menanamnya. Memang ia selamat untuk dimakan. Di samping itu, ia juga mempunyai pelbagai khasiat dan vitamin yang sangat dibutuhkan oleh tubuh badan kita. Ia juga merupakan agen antioksida dan dapat melindungi faktor genetic tubuh badan kita.

Pilihan menu kali ini seperti yang dijanjikan ialah sup sayur cendawan. Resepi berkhasiat ini telah dimuatnaik oleh saudari Amy Haron di Facebook. Sup ini sangat simple dan mudah sahaja penyediaannya. Sekejap je boleh siap! Selamat mencuba!

Resepi Sup Sayur Cendawan

Sup Sayur Cendawan

Image Via Facebook

Bahan hiris:

Bwg merah
Bwg putih
Halia

Bahan:

Rempah tumis = bunga lawang, cengkih, kayu manis dll
Ikan bilis
Lada sulah
Garam, gula & aji
Daun sup
Cendawan tiram
Kentang

Cara Penyediaan:

1. Tumis bahan hiris, ikan bilis bersama rempah tumis hingga sedikit garing
2. Masukkan air. Bila dah mendidih, masukkan lada sulah & bahan perasa
3. Masukkan kentang & cendawan
4. Bila hampir masak, masukkan daun sup.Siap utk dihidang!

Haa amacam? Senang kan? Resepi mudah dan sedap ini telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. Selain resepi ini juga, terdapat banyak lagi resepi lain yang kami paparkan di blog kami ini. Selamat menjengah resepi dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.