Teringin makan talam pandan sebagai sarapan? Mari kami wujudkan keinginan anda itu dengan berkongsikan resepi talam pandan yang viral pada hari ini.

Biasanya kuih talam ini tidak memiliki bentuk khusus kerana ia mengikuti bentuk talam, sama ada bulat, segi empat sama atau segi empat tepat. Selepas kuih masak, barulah ia dipotong mengikut saiz hidangan. Secara kasarnya, saiz hidangan bergantung pada yang memotongnya.

Resepi talam pandan yang mudah dan sedap ini memang patut anda cuba. Lagi jika anda ingin mengadakan majlis perayaan atau sebagainya, kuih talam pandan ini pilihan yang tepat untuk disajikan.
Tanpa tunggu lama, jom tengok resepi talam pandan viral dan mudah resepi perkongsian daripada Lina Sahedin‎ di laman Facebook. Resepi yang patut cuba sangat.

Resepi Talam Pandan

talam pandan

Imej via Facebook

Bahan Bahagian Bawah :

  • 1 cawan pati daun pandan
    (12 helai daun pandan blend + 1 cawan air) tapis
  • 3 cawan santan
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sdb membukit tepung ubi
  • Pewarna hijau
  • Garam untuk lemak, ikut rasa sendiri

Cara Membuat Bahagian Bawah:

  1. Panaskan air kukusan sampai mendidih.
  2. Lenser dasar loyang dengan minyak, alas kertas plastik. (Saya guna loyang bulat 9″).
  3. Campur semua bahan, kacau rata dan tapis.
  4. Masukkan dalam kuali atau periuk.
  5. Panaskan di atas api yang kecil.
  6. Masak sekejap adunan. Bila mula panas terus tutup api.
  7. Tuang dalam loyang, kukus selama 20-25 minit.
  8. Tutup tudung pengukus. (Takut masuk air pula).
  9. Bila sudah cukup masa, buka tudung pengukus biarkan selama 3/5 minit baru cakar permukaan bahagian bawah.
  10. Tuang bahagian atas.
  11. Tutup tudung pengukus.

Bahan Bahagian Atas :

  1. 1 cawan tepung beras cap bunga teratai
  2. 2 sudu membukit tepung gandum
  3. 3 cawan santan
  4. Garam untuk lemak. (Ikut cita rasa sendiri)

Cara Membuat Bahagian Atas :

  1. Satukan semua bahan dan kacau sebati.
  2. Tuang dalam loyang bahagian bawah tadi.
  3. Kukus selama 20/25 minit.
  4. JIka suah cukup masa, buka tutup pengukus dan biarkan selama 5 minit baru tutup api.
  5. Siap. Biar semalaman esok baru potong, mesti nampak cantik. Selamat mencuba.
talam pandan

Imej via Facebook

Resepi Menarik lain

Selain resepi talam pandan, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.