Cinnamon rolls atau biasa disebut cinnamon bun ialah hidangan ala Eropah yang sangat terkenal. Ia berbentuk gulungan sehingga biasa dipanggil cinnamon swirl atau cinnamon snail.

Hidangan ini diperbuat daripada tepung, gula, susu. Kayu manis sebagai filling lapisan roll nya. Rasanya amat lembut dan manis. Sesuai dihidangkan sebagai dessert.

Nana Bella‎ dalam perkongsiannya di laman Facebook membuat cinnamon rolls. Kaedah dan resepinya mudah sahaja. Doh dileperkan kemudian disapukan cinnamon lalu digulung. Kemudian roll dipotong dan dibakar.

Sangat mudah bukan? Anda boleh cubakan di rumah. Hidangkan cinnamon rolls untuk anak-anak anda. Mesti mereka suka. Selamat ber rolls.

Resepi Cinnamon Rolls

cinnamon rolls

Imej via Google

Bahan-bahan Doh :

  • 3 ¼ cawan all purpose flour,
  • ¾ cawan susu (fresh milk),
  • ¼ cawan marjerin (suhu bilik),
  • 1 package instant yis,
  • ¼ cawan gula halus,
  • ½ sudu kecil garam,
  • 1 biji telur,
  • ¼ cawan air.

Bahan-bahan Filling :

  • 1 cawan gula perang,
  • 1 sudu besar serbuk cinnamon (saya letak lebih),
  • ½ cawan marjerin (suhu bilik).

Cara-cara :

  1. Panaskan susu hingga mendidih, tutup api dan angkat.
  2. Masukkan marjerin dan kacau hingga sebati bersama susu. Ketepikan dan biarkan ia menjadi suam.
  3. Ambik bowl besar, masukkan tepung,yis, gula dan garam. Kacau rata.
  4. Masukkan air, telur dan bancuhan susu dan marjerin. Kacau rata hingga sebati.
  5. Bila doh telah sebati dan boleh ditarik, pindahkan doh ke atas papan yang telah ditabur tepung dan uli selama 5 minit.
  6. Tutup doh dengan kain lembap dan ketepikan selama 10 minit.

    cinnamon rolls

    Imej via Facebook

  7. Sementara menunggu, menggunakan mangkuk lain satukan serbuk cinnamon, gula perang dan marjerin.
  8. Canaikan doh tadi sehingga menjadi bentuk empat segi (boleh bentuk lain). Sapukan adunan marjerin, gula perang dan cinnamon ke atas doh.

    cinnamon rolls

    Imej via Facebook

  9. Gulung dan sealkan hujungnya dengan sapuan air pada doh supaya melekat.

    cinnamon rolls

    Imej via Facebook

  10. Potong doh yang siap digulung mengikut ukuran dan citarasa masing-masing
  11. Susun doh di dalam loyang yang telah dilenser marjerin. Ketepikan dan biarkan dalam 30 minit atau sehingga doh naik sekali ganda.

    cinnamon rolls

    Imej via Facebook

  12. Panaskan oven pada suhu 190 °C dan bakar selama 20 minit.
  13. Bergantung pada oven masing-masing.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cinnamon rolls, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.