Siapa sahaja tidak suka akan kek kan? Jika hendak ke kedai pasti mengambil masa, dengan keadaan lalu lintas yang sentiasa sibuk, kedai kek yang jauh pasti memenatkan. Lagi – lagi bila ada sambutan hari jadi, sudah pasti kita sibuk untuk menguruskan banyak hal. Jadi, untuk ke kedai yang jauh daripada rumah pasti memakan masa dan tenaga yang banyak.

Ha, apa kata jika kali ini, anda masak kek coklat kukus? Caranya mudah, bahan – bahannya mudah untuk didapati, dan rasanya terjamin lazat. Tambahan lagi, kebersihannya lebih terjamin dan pasti anak – anak kita makan air tangan kita. Jika anda seorang pelajar atau tidak mempunyai ketuhar, jangan risau, anda masih lagi boleh membuat kek coklat yang amat lazat ini.

Jom kita tengok resepi yang telah dikongsikan oleh Rashidah Kamaruddin. Nampaknya resepi ini telah mendapat banyak perkongsian di media social dan juga mendapat komen – komen positif.

Resepi Kek Coklat Kukus

kek coklat kukus

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan untuk kek:

  • 1 mug minyak masak
  • 1 mug susu cair
  • 1 mug susu pekat
  • 1 mug serbuk koko
  • 1/2 mug gula pasir dikisar halus dulu
  • 4 biji telur gred A @ B
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 sudu teh soda bicarbonate1 sudu teh esen vanila
  • 1 1/2 mug tepung gandum yang telah diayak.

Bahan untuk topping:

  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 5 sudu besar susu pekat
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar susu cair.

Cara – cara memasak:

Cara – cara memasak kek:

  1. Campur semua bahan ke dalam blender kecuali tepung. Kisar menggunakan blender sahaja.
  2. Kisarkan selama 5 minit. Sekiranya anda ingin menggunakan mixer pun boleh, tetapi kacau sebati selama 3 ke 4 minit sahaja.
  3. Kemudian tuangkan adunan kedalam mangkuk yang besar.
  4. Tuangkan tepung sedikit demi sdikit sampai habis dan kacau sebati.
  5. Sapukan acuan atau loyang dgn butter atau minyak. Nota: Jangan lupa tutup loyang dgn plastic wrapping untuk elakkan air masuk ke dalam kek.
  6. Panaskan air didalam periuk kukus dan kukus selama 1 jam atau sampai betul – betul masak. Nota: Anda boleh panaskan air semasa mengisar bahan – bahan tersebut kerana proses untuk buat kek ini sekejap sahaja.

Cara – cara membuat topping:

  1. Campur semua kedalam periuk dan kacau dengan api yang perlahan.
  2. Kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian, tuangkan terus ke atas kek.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang boleh menarik minat anda. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.