Mencari resepi kek coklat kukus moist yang menarik untuk dibuat. Jika ya, jom cuba resepi ini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Arina Rashid dan boleh memeleh juga air kami melihat hasilnya. Tanpa buang masa, jom kita cuba resepi kek coklat ini.

Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus Moist

* 1 setengah cawan tepung gandum

* 1 sudu kecil baking powder

* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

* 1/2 cawan serbuk koko

* 1 cawan minyak masak

* 1 cawan susu cair

* 1/2 cawan susu pekat

* 7 sudu besar gula

* 1 sudu kecil garam

* 1 sudu besar ovalette

* 2 biji telur gred A

Cara Memasak Kek Coklat Kukus Moist

– Ayak semua bahan-bahaan yg bertanda * ketepikan.

– Blender semua bahan-bahan lain sampai sebati pastu tuang dalam bekas yg ada bahan-bahan tepung + serbuk koko
tadi. Gaulkan guna handwisk sampai sebati.

Resepi Kek Coklat Kukus Moist

Imej via facebook

– Kalau nak kaler dia jadi hitam menawan tu masukkan sedikit coklat emulco yer.(Untuk bagi lagi moist kek tu m
masukkan sedikit coklat rice ke dalam adunan sebelum dikukus).

– Then masukkan adunan ke dalam loyang yang sudah disapu sedikit marjerin.

– Kukus kek selama 1 jam dengan api sederhana.

– Pastikan panaskan dulu pengukus tu sebelum masukkan kek & balut penutup periuk ngan kain untuk elakkan air wap menitik atas kek.

Topping (guna kaedah double boil)

– Panaskan susu cair + susu pekat.

– Masukkan coklat masakan (contoh guna dark coin beryls punya)

– Bila coklat dah larut bersama susu, masukkan sedikit shortening. Sukatan agak2 la yer…

Cara Meletak Topping diatas Kek

Biar kek dan topping agak suam baru tuang topping atas kek. Guna separuh jer daripada adunan topping tu dulu. Then masukkan kek ke dalam peti ais dalam 30 minit. Keluarkan kek and tuang lagi balance topping tadi. InsyaAllah kek akan jadi shinning lawa jer. Selamat mencuba yer semua.

Resepi Kek Coklat Kukus Moist

Imej via facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek coklat kukus moist ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Lily Izzuan

Seorang yang simple dan berpegang pada prinsip bahawa sesuatu yang baik itu perlu dikongsi. Merupakan salah seorang penyumbang artikel di Bidadari.my. Mencari artikel yang menarik yang ada.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.