Selamat petang semua, perkongsian kali ini tentunya mendapat ramai suka dan share kerana rasanya sedap sangat dan ramai yang cuba buat. Namun begitu, mesti ada yang terheran-heran baca tajuk iaitu salted egg chocolate atau kek coklat telur masin. Resepi yang kontroversi ini mengundang rasa ingin tahu yang tinggi daripada pembaca semua.

Adakah sedap rasa kek coklat telur masin? Sos/serbuk telur masin itu tidaklah masin sangat. Ia lebih kepada memberi rasa berkrim pada masakan. Sehingganya salted egg apabila dikombinasi dengan kek coklat akan mencetuskan rasa baharu yang lebih ekstrem.

Bahan-bahan boleh dibeli di kedai bakery atau kedai runcit. Untuk kek coklat moist, anda boleh guna apa-apa resepi kek coklat moist yang sedap versi sendiri. Yang pentingnya disini adalah sos salted egg itu.

Selain sebagai topping kek coklat, sos salted egg boleh dipakai buat cicah dengan macam-macam makanan lain seperti kek pisang, roti gardenia, bun, pancake/lempeng dan lain-lain. Sos pula tahan boleh simpan dalam peti sejuk. Sila cubakan resepi yang dikongsikan oleh Azura Radzi di laman Facebook.

Resepi Kek Coklat Salted Egg @ Salted Egg Chocolate Cake

kek coklat salted egg

Imej via Facebook

Bahan A :

  • 1 sudu besar serbuk salted egg Bestari,
  • 1 sudu besar susu tepung Nespray,
  • 1 sudu besar tepung custard,
  • 1 sudu kecil tepung jagung.

Bahan B :

  • 1 cawan susu cair Marigold,
  • 1 sudu besar buttercup,
  • 2 sudu besar gula kastor,
  • 2 sudu besar susu pekat Marigold,
  • 1 sudu kecil vanilla,
  • ½ sudu kecil pewarna kuning telur.

Cara-cara :

  1. Masak bahan B secara double boil dengan api perlahan.
  2. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit. Kacau dengan whisk tanpa henti supaya tidak berketul. Kacau sehingga likat.
  3. Sejukkan dalam peti sejuk.

Resepi Salted Egg Crumb (Untuk tabur atas kek)

Bahan-bahan :

  • 1 sudu besar buttercup,
  • 1 sudu besar serbuk salted egg bestari,
  • 1 sudu besar gula kastor,
  • ½ cawan cornflakes.

Cara-cara :

  1. Panaskan buttercup dalam kuali hingga cair.
  2. Masukkan serbuk salted egg dan gula.
  3. Kacau hingga sebati dan tutup api.
  4. Masukan cornflakes dan kacau sebati.
  5. Bakar dalam oven suhu 150°C selama 5 minit.
  6. Tunggu sejuk dan blend kasar.

    kek coklat salted egg

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain kek coklat salted egg, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.