Pernahkah ternampak sawi jeruk di pasaraya tapi asyik terpikir macam mana makan dia, apatah lagi terpikir nak buat dia. Kai choy @ sawi jeruk ini ialah sayur yang diawetkan dalam air garam. Bikin sendiri lebih yakin akan kebersihannya.

Sawi jeruk boleh dimakan dengan ikan goreng tambah bawang dan cili pun sedap seperti resepi di bawah ini. Atau diratah kosong macam itu sahaja juga boleh. Jika suka dimasak asam pedas pun boleh.

Jika anda berniat mencuba resepi sawi jeruk yang dikongsikan oleh Nurul Hidayah Salleh di laman Facebook ini, anda harus bahagi dan kurangkan bahan-bahan kerana resepi di bawah ini disediakan untuk kiraan orang berniaga.

Resepi Kai Choy @ Sawi Jeruk

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 10 kg kai choy/sawi jeruk,
  • 1 kg garam*,
  • 500 g gula*,
  • Air 10 liter*,

Cara-cara :

  1. Pertama sekali bersihkan kai choy tu, kalau kecik belah 2, kalau besar belah 4 memanjang. (Bersihkan kai choy ambil masa 1 jam 30 minit sebab nak pastikan betul-betul bersih dari tanah, cacing dengan siput).

    Imej via Facebook

  2. Sudah bersih, toskan sawi. Sambil itu masak air campur dengan garam dan gula. Masak sampai mendidih.
  3. Susun kai choy dalam tong atau balang yang bersih yang tahan air panas.
  4. Siap susun, ambil air jeruk yang sudah mendidih tadi, tuang panas-panas dalam tong yang berisi kai choy tadi.
  5. Kemudian guna talam atau pinggan yang muat tong itu, tindih dengan lesung batu untuk biarkan dia tenggelam sepenuhnya. Kemudian tutup.

    Imej via Facebook

  6. 3-4 hari air mula bertukar warna menjadi kekuningan pekat, tandanya jeruk sudah boleh dimakan.
  7. Kalau biar 1 hari lagi, masam lagi sempurna.

    Imej via Facebook

Bahan-bahan Lauk :

  • 5 biji bawang merah*,
  • 3 ulas bawang putih*,
  • 7 helai daun limau purut*,
  • Setengah sudu teh serbuk kunyit*,
  • 2-3 batang serai dititik,
  • Cili hidup/cili boh (ikut suka, tidak letak pun boleh),
  • Ikan patin seekor (tidak kisah besar mana),
  • Garam gula cukup rasa,
  • Kai choy jeruk (potong ikut suka saiz, ambil 2-3 potong yang siap jeruk tanpa air, dibasuh dulu),
  • Ikutkan letak asam keping, tapi kai choy sudah masam maka tidak perlu letak.

Cara-cara :

  1. Bahan bertanda * ditumbuk lumat,
  2. Kemudian tumis sekali dengan serai yang dititik.
  3. Bila wangi, masukkan air, biar mendidih.
  4. Siap mendidih, masukkan kai choy dulu sebab kalau letak ikan dulu, hancur isi ikan.
  5. Biar mendidih lagi, kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Kalau rasa sudah OK, baru masukkan ikan.
  7. Biar mendidih sekali lagi, baru tutup api.
  8. Boleh tambah daun kemangi untuk lagi sedap/wangi.
  9. Boleh guna sayur kangkung kalau tidak ada sawi jeruk, tapi tambah asam keping 3 keping untuk bagi rasa masam.

Resepi Menarik Lain

Selain sawi jeruk, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

 

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.