Teringin masak ikan bakar tapi tidak punya resepi yang sedap? Tidak usah risau lagi kerana kali ini kami akan berkongsikan resepi ikan kembung bakar cili api berkrim.

Ikan bakar ini agak pedas kerana ia menggunakan cili api. Namun begitu, rasa pedasnya boleh disesuaikan mengikut selera sehingga kanak-kanak pun boleh makan.

Resepi ikan kembung bakar ini terasa berkrim kerana ia menggunakan santan sehingga ikan bakar jadi lebih juicy dan berkrim. Makanan ini pula paling sesuai dimakan dengan nasi putih. Sedap menjilat jari.

Tanpa tunggu lama, mari kita lihat resepi ikan kembung bakar yang dikongsikan oleh Rosma Ros‎ di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Ikan Kembung Bakar Cili Api

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan kembung,

Bahan Tumbuk/blander :

  • Bawang besar sebiji,
  • Bawang putih 4 ulas,
  • Cili api hijau 7 biji,
  • Cili api merah 7 biji,
  • Cili merah besar 4 biji,
  • Halia seinci,
  • Serai 2 batang,
  • Kunyit hidup seinci,
  • Buah keras 2 biji,
  • Belacan sebesar ibu jari.
    (Blend kesemua bahan.)
  • Santan [email protected] cair 4 sudu,
  • Garam ,
  • Gula,
  • Pati bilis,
  • Perasa,
  • Asam [email protected] asam.

Bahan Hiasan :

  • Lada hitam serbuk untuk tabur,
  • Daun limau purut,
  • Daun sup.

Cara-cara :

  1. Panaskan sedikit minyak.
  2. Tumis bahan blend, biarkan pecah minyak. Masukkan semua bahan lain.
  3. Masukkan sedikit air. Biarkan mendidih. Tunggu pekat sedikit.
  4. Rasakan manis dan masin semua.
  5. Letak daun pisang di atas kuali leper.
  6. Curah kuah, letak ikan di atas kuah, curah lagi kuah.
  7. Tabur sedikit lada hitam dan daun sup.
  8. Tutup ikan dengan tudung periuk kukus, biarkan ikan masak dalam masa sekejap ikan boleh masak.
  9. Hidangkan bersama air asam.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ikan kembung bakar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.