Mencari resepi minum petang yang menarik?

Petang-petang paling seronok kalau dapat layan camilan sedap. Duduk sembang dengan rakan, keluarga kurang menarik jika borak kosong saja. Paling tidak, kena ada juga makanan peneman lepak petang-petang ini.

Pada waktu senggang duduk di gazebo tepi taman, sabil perhati anak-anak main dengan seronok, akan semakin menyeronokkan kalau dapat layan camilan sedap bukan?

Demi untuk menjadikan hari-hari anda semakin menyenangkan, kami menghadirkan 10 resepi minum petang yang menarik, sedap, mudah dan bikin ketagih.

Kesemua resepi ini patut anda cuba. Mesti keluarga anda suka dan mahu lagi dan lagi. Menyesal nanti jika anda tidak mencubanya.
Semoga hari-hari anda menyenangkan dengan resepi minum petang ini.

Resepi Popia Pisang Coklat

popia pisang coklat

Imej via Facebook

Popia pisang coklat paling sedap, rangup dan mudah. Baru dengar nama saja, sudah tidak tahan. Bila masuk dalam mulut, krup krap krup krap bunyinya, makin tidak boleh berhenti makan. Percaya tidak percaya anda patut cuba resepi mudah di bawah ini. Daripada Solehah Yusoff di laman Facebook.

Bahan bahan :

  • 1 bungkus kulit popia (saiz kecil),
  • Pisang (tidak kisah pisang apa janji sudah masak dan manis),
  • Coklat susu (brand apa pun boleh),
  • Air,
  • Minyak masak.

Cara-cara :

  • Mula-mula potong pisang dan coklat kepada bahagian kecil.
  • Kulit popia pula dipotong kepada empat bahagian.
  • Basahkan kulit popia yang pertama dengan air. Tujuannya untuk lekatkan kulit popia yang kedua. Konon konon air ini sebagai gam.
  • Lekatkan pisang dan coklat.
  • Basahkan kulit popia yang kedua dengan air dan lekatkan dengan kulit popia pertama. Pastikan lekat ya.
  • Panaskan kuali dan goreng popia pisang coklat rangup sehingga kuning keemasan.
  • Siap.

Resepi Kuih Lapis Coklat

kuih lapis coklat

Imej via Facebook

Tidak ada idea untuk buat kuih minum petang? Apa kata cuba resepi kuih lapis coklat ini. Resepi gerenti jadi didatangkan daripada Nursimatun MdYusof di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 3 cawan santan*
  • 1 ½ cawan tepung gandum*
  • ½ cawan tepung beras*
  • 2 sudu tepung jagung*
  • 1 cawan gula*
  • 1 biji telor*
  • Secubit garam*
  • 2 sudu besar serbuk koko,
  • Pewarna kuning.

Cara-cara :

  1. Mula-mula blend semua bahan bertanda *
  2. Kemudian bahagi menjadi 2 bahagian.
  3. 1 bahagian letak serbuk koko.
  4. 1 bahagian letak pewarna kuning.
  5. Kukus selapis-selapis dan berselang-seling.
  6. Kalau guna steamer eletrik, kukus selama 3 minit. Kalau dapur gas api kecil, kukus selama 5 minit. Bergantung pada dapur masing-masing.
  7. Siap

‎Resepi Roti Sisir

roti sisir Imej via Facebook

Makan roti sisir gebu untuk minum petang. Resepi daripada FazzRie YaRna di laman Facebook ini tidak guna pelembut. Hanya menggunakan kuning telur, whipping cream dan susu segar. Teksturnya tetap lembut walaupun sudah disimpan satu hari. Kena simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan kelembutannya.

Bahan-bahan :

  • 300 gram tepung high protein,
  • 60 gram gula kastor,
  • 10 gram susu tepung,
  • 5 gram yis,
  • 2 kuning telur + 40 g whipping cream emborg + susu segar. (Campurkan semua jadikan 215 gram. Boleh juga guna 1 biji telur + semua jadikn 215 gram).
  • 30 gram butter tanpa garam,
  • 2 gram garam.

Cara-cara :

  1. Mula-mula masukan bahan cecair dahulu baru kemudian masukkan bahan kering ke dalam breadmaker.
  2. Tekan No. 8 menu dough dan tekan start.
  3. Bila breadmaker berhenti. Terus masukan mangkuk yang berisi adunan ke dalam freezer selama 15 minit.
  4. Cukup 15 minit, uli sekali lagi dalam breadmaker.
  5. Agak-agak 2 kali uli. Bila sudah siap boleh bulatkan dan timbang dalam 40 gram.
  6. Ambil adunan yang sudah dibulatkan, leperkan sedikit kemudian lipat seperti buat karipap.
  7. Lipat 2 dan susun dalam loyang.
  8. Biar adunan naik 2 kali ganda, baru dibakar.
  9. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar pada 170 °C selam 30 minit/sehingga masak.
  10. Jika sudah masak keluarkan roti dan sapu permukaan dengan butter.
  11. Siap.

Resepi Donut Gebu

donut

Imej via Facebook

Donat gebu yang mudah dan cepat. Sangat sesuai dihidangkan untuk minum petang. Lebih kurang sejam sudah boleh makan. Hidangan ekspres untuk boleh buat frozen juga. Resepi daripada Ain Kamarudin di laman Facebook ini menggunakan 2 cawan tepung gandum. Boleh gandakan kalau mahu buat banyak.

Bahan A (Pelembut Doh) :

  • Dua sudu tepung gandum,
  • Secawan air.

Bahan B :

  • Setengah paket yis (11 gram ÷ 2),
  • Setengah sudu makan susu pekat,
  • Sesudu makan gula,
  • Setengah sudu makan marjerin,
  • Setengah cawan air suam.

Bahan C :

  • 2 cawan tepung gandum,
  • 2 sudu makan susu tepung,
  • Secubit garam.

Cara-cara :

  1. Mula-mula bahan A dikacau sebati. Masak di atas api sederhana sampai pekat.
  2. Bahan B pula dicampur semua hingga sebati. Tutup dan tunggu kembang dalam 10 minit.
  3. Kemudian gaul sebati bahan A, sebiji telur gred C, bahan B dan bahan C.
  4. Pastikan adunan tidak melekat di tangan. Uli dalam 10 minit. Tutup dan tunggu kembang.
  5. Selepas 45 minit, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
  6. Bentukkan atau bulat-bulatkan adunan. Sedia untuk digoreng.
  7. Siap.

Resepi Cupcake Vanila Gebu

cupcake vanila

Imej via Facebook

Menu minum petang seterusnya ialah cupcake vanila. Resepi oleh Khairuninisa Mohammad di Facebook ini sama dengan kek butter. Namun kerana letak dalam cup memang ada bezanya. Kek jadi gebu kerana saiznya yang kecil.

Bahan-bahan :

  • 200 g butter/marjerin,
  • 3 biji telur gred A/B.
  • 200 g tepung naik sendiri,
  • ¾ cawan gula,
  • ¼ sudu kecil garam,
  • 1 sudu kecil esen vanila,
  • 4 sudu besar susu segar/cair.

Cara-cara :

  1. Mula-mula mix butter/marjerin dan gula sampai putih/kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil mixer lagi sampai sebati.
  3. Masukkan esen vanila dan mixer lagi sekejap.
  4. Lepas itu masukkan tepung penaik yang telah diayak dengan garam.
  5. Selang-selingkan dengan susu segar/cair.
  6. Susun cup di atas tray dan paipkan adunan ke dalam cup. (Masukkan pakai sudu pun boleh, tapi tidak kemas).
  7. Lepas itu bubuh cokelat butang sebiji di atas. Panaskan dahulu oven selama 10 minit suhu 160°C kemudian bakar doh pada suhu 160°C api atas bawah selama 20-25 minit atau sehingga masak.
  8. Kalau permukaan sudah bertukar warna kuning keemasan tandanya sudah masak.
  9. Siap.

Tips : Jangan buka oven selagi tidak cukup masak. Nanti suhu jadi turun dan cupcake pun tidak cantik. Untuk adunan ini, boleh dapat 20 cupcake seperti saiz dalam gambar. Mahu banyak lagi boleh pakai cup kecil lagi.

Resepi Kek Minyak

kek minyak

Imej via Facebook

Camilan lain yang bikin teruja untuk peneman minum petang ialah kek minyak. Kek yang tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Tengah musim hujan secepat sahaja keluar dari oven terus makan sambil hirup teh panas. Resepi daripada Khairuninisa Mohammad di Facebook.

Bahan A :

  • 4 biji telur gred B,
  • 1 sudu besar ovalette,
  • 1 sudu kecil esen vanila,
  • ½ cawan gula castor (kalau tidak ada sila blend gula pasir anda),

Bahan B :

  • 1 cawan susu pekat manis,
  • 1 cawan minyak.

Bahan C :

  • 2 cawan tepung gandum,
  • 1 sudu kecil baking powder (ayak dulu bersama).

Cara-cara :

  1. Mula-mula mixer semua bahan A sampai putih dan gebu.
  2. Kemudian masukkan bahan B. Mixer lagi sekejap.
  3. Lalu masukkan bahan C. Mixer hingga sebati.
  4. Setelah itu, bakar dengan suhu 170°C dengan api atas bawah selama 1 jam (ikut resepi asal) tapi saya bakar selama 40 minit saja.
  5. Perisa boleh guna apa saja yang kita suka. Saya bahagikan kepada 2 bahagian : Satu perisa asal dan yang satu lagi bubuh 2 sudu serbuk koko. Kalau mahu guna perisa oren, pandan, pisang, boleh saja.
  6. Jika tidak suka berkerak di bagain bawah kek, bakar guna teknik water bath. Bubuh air sedikit dalam tray oven. Atas kek biar coklat-coklat sedikit bagi crispy.
  7. Siap.

Resepi Puff Chicken Mushroom

puff chicken mushroom

Imej via Facebook

Mari layan minum petang hari ini dengan hidangan pembuka selera puff chicken mushrooms. Sila cuba boleh puas makan satu keluarga. Resepi oleh Uya Masbah di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Puff pastry (jenama kawan),
  • Lobak ½ batang*
  • Sosej 3 batang*
  • Isi ayam 1 ketul (bahagian dada)*
  • Cendawan tin (guna separuh)*,
  • Daun bawang (potong @ hiris),
  • Susu segar 1 cawan (kalau tidak boleh ganti air biasa saja),
  • Sup pekat campbell (guna separuh),
  • Lada hitam 1 sudu kecil,
  • Bawang putih 3 ulas (tumbuk).

Cara-cara :

  1. Mula-mula potong dadu dan hiris bahan bertanda *.
  2. Kemudian tumis bawang putih, lobak, sosej, ayam dan cendawan selama 4-5 minit.
  3. Kemudian masukkan sup pekat dan susu segar. Kacau sebati.
  4. Nanti jika sudah sebati biarkan sampai pekat.
  5. Bila sudah pekat masukkan pula lada hitam. Kacau lagi.
  6. Ada 2 pilihan sama ada mahu kering atau basah. Bagi saya baik kering dan creamy senang mahu letak di atas puff nanti.
  7. Akhir sekali bila sudah betul-betul pekat terus masukkan daun bawang, kacau terus dan tutup api.
  8. Letak inti di atas puff (letak tengah-tengah supaya senang kelim nanti).
  9. Lipat dan kelim tepi dia pakai garfu. Bahagian atas pula lorek-lorek pakai pisau.
  10. Jika sudah penuh loyang susun kemas-kemas sapukan kuning telur dan di atas itu taburkan oregano sebagai hiasan.
  11. Panaskan oven dulu kemudian bakar pada suhu 160°C selama 20 minit.
  12. Tunggu sejuk baru boleh dialihkan, kalau panas-panas dialihkan dikuatiri bahagian bawah melekat.

Resepi Popia Sayur Goreng

popia sayur goreng

Imej via Facebook

Ramai ke yang suka popia sayur goreng? Buat sendiri puas hati. Dapat banyak, inti pun padat. Goreng banyak mana mahu makan, selebihnya frozenkan. Dengan inti popia paling sedap, resepi membuat popia goreng mudah dikongsikan oleh CikPuan SitiMasitah CikPuan SitiMasitah‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Kulit popia,
  • Sengkuang,
  • Carrot,
  • Udang kering,
  • Bawang,
  • Lada sulah,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Mula-mula sengkuang dihiris halus memanjang.
  2. Kemudian carrot juga dihiris halus memanjang.
  3. Lalu tumbukkan udang kering dengan bawang.
  4. Seterusnya tumis semua bahan.
  5. Perasakan dengan garam dan sedikit lada sulah.
  6. Siap untuk inti.
  7. Sejukkan sekejap, jika sudah sejuk baru bungkus dengan kulit popia.
  8. Siap.

Resepi Roti Gula Cheese

roti gula cheese

Imej via Facebook

Minum petang hari ini roti dengan gula cheese. Resepi daripada Farah Adiba Hishamuddin mudah sangat sebab guna doh donut yang boleh buat macam-macam resepi.

Bahan-bahan :

  • 1 paket yis,
  • 2 sudu besar susu pekat,
  • 1 cawan air suam,
  • 2 sudu besar gula,
  • 4 cawan tepung gandum,
  • 1 sudu teh baking powder,
  • 2 sudu besar butter,
  • 1 sudu kecil garam.

Cara-cara :

  1. Satukan bahan basah susu, gula, air suam dan yis dalam satu cawan.
  2. Kacau hingga lepas 10 minit ia akan jadi berbuih.
  3. Dalam bekas lain pula, satukan tepung, butter, garam dan baking powder. Kacau hingga sebati.
  4. Kemudian, campurkan kedua-dua bahan tadi.
  5. Uli sampai jadi doh, tutup bekas dan biarkan dalam setengah jam sampai doh naik.
  6. Selepas itu sudah boleh mula buat roti.
  7. Topping roti gula cheese ini saya guna kuning telur yang disapukan di atas doh.
  8. Taburkan mozzarella cheese dan gula. Kemudian bakar pada suhu 150°C api atas bawah dan dibakar selama 20 minit gitu.
  9. Siap.

Resepi Lempeng

lempeng

Imej via Facebook

Nor Azilah Abdullah berkongsi di Facebook, menamai makanan ini tetepek. Ia sangat mudah dibuat menggunakan tepung gandum. Selalu buat ini banyak kali kerana seluruh keluarga suka. Sangat sesuai untuk minum petang-petang.

Bahan-bahan :

  • Tepung gandum,
  • Minyak masak,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Bancuh tepung gandum, minyak masak 1 sudu dan garam sedikit.
  2. Masukkan air dan kacau sampai sebati.
  3. Masukkan bancuhan tadi dalam satu senduk.
  4. Tidak payah letak minyak di pan sebab dalam bancuhan tadi sudah ada minyak.
  5. Agak-agak yang putih sudah hilang boleh mula letakkan planta.
  6. Ikut suka mahu letak planta sebanyak mana. Kalau banyak sangat risau masin pula.
  7. Ratakan isi planta.
  8. Kemudian boleh taburkan gula. Boleh letak gula perang atau gula putih.
  9. Lipatkan tetepek.
  10. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi tetepek, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.