Mencari resepi nasi air? Pada perkongsian kali ini kami akan kongsikan resepi nasi air yang mudah dicubakan.

Kenapa diberi nama nasi air? Kerana nasi ini dimakan dengan kuah sup yang banyak sehingganya ia dipanggil nasi air. Nasi menggunakan beras putih biasa, namun dimasak dengan sedikit garam atau penyedap rasa. Cara menyediakan sup juga amat senang.

Nasi air boleh dijadikan makanan untuk orang yang tengah sakit dan tiada selera makan. Ataupun kanak-kanak yang senang makan hidangan nasi berkuah. Nasi air dihidangkan dengan telur separuh masak, ikan bilis goreng dan daun bawang. Semakin menyelerakan bukan?

Jom buat nasi air. Resepi dikreditkan kepada Nurul Balqis di laman Facebook. Resepi untuk 6-7 orang makan.

Resepi Nasi Air Kelantan

resepi nasi air Kelantan

Imej via Facebook

Cara Buat Nasi Air :

  1. Masak nasi seperti biasa. Cuma lebihkan air dalam 3-4 kali ganda.
  2. Kemudian perasakan dengan sedikit garam atau aji.

Bahan-Bahan Untuk Buat Sup :

  • Ayam guna sebelah,
  • Bawang besar 1 biji dipotong 4,
  • Halia dititik,
  • Lada hitam ditumbuk,
  • Kulit kayu manis,
  • Pelaga,
  • Cengkih,
  • Bunga lawang,
  • Kiub pati ayam dan Maggi cukup rasa.

Cara Buat Sup :

  1. Rebus dahulu ayam dengan air sehingga ayam masak separuh.
  2. Kemudian masukkan bawang, halia, lada hitam dan 4 sekawan. Kacau perlahan-lahan.
  3. Tunggu sampai nampak mulai mendidih baru masukkan kiub pati dan cukup rasa.
  4. Perasakan lagi dengan garam. Jika rasa sudah sesuai, tunggu dalam 5 minit dan tutup api.

Bahan Tambahan :

  • Telur separuh masak,
  • Ikan bilis goreng,
  • Bawang goreng,
  • Daun sup dan daun bawang,
  • Sambal kicap,
  • Isi ayam.

Cara Nak Buat Sambal Kicap :

  1. Sediakan gula, lada, limau kasturi dan kicap manis.
  2. Tumbuk lada dan gula terlebih dahulu. Tumbuk sehingga lumat.
  3. Kemudian, masukkan kicap dan perasakan dengan limau kasturi.
  4. Perasakan sampai sambal rasa manis-manis masam.
  5. Siap. Boleh dihidangkan.
  6. Letak nasi, sup dan masukkan kesemua bahan tambahan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi air, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.