Jom cuba resepi murtabak maggi cheese homemade sedap paling ramai dibincangkan. Jom cubakan resepinya!

Murtabak maggi cheese menjadi menu handalan di kedai mamak bahkan juga di sebahagian kedai melayu. Kudapan ini boleh dijadikan lauk dimakan dengan nasi putih, sedap amat!

Murtabak maggi dibuat dengan menggaulkan maggi yang sudah dicelur dengan telur dan bahan lain termasuk dengan cheese sekali.

Gebu dan padat murtabak maggi cheese sedap diratah macam itu sahaja dengan sos. Anak-anak pula suka makan sebagai sarapan. Jom cubakan resepi murtabak maggi cheese oleh Nurul NJ Aziz‎ di laman Facebook.

Resepi Murtabak Maggi Cheese

murtabak maggi

Imej via Facebook

Bahan-bahan A :

  • 10 sudu buttercup,
  • 2 ulas bawang putih,
  • 100 gram isi ayam dipotong dadu,
  • Serbuk blackpaper,
  • 5 keeping cheesedale,
  • 1 biji bawang holand dipotong dadu,
  • Lobak merah dipotong dadu,
  • 2 biji cili padi (kalau ingin pedas boleh letak lebih).

Bahan-bahan B :

  • 2 bungkus manggi,
  • 2 paket perencah maggi,
  • Daun sup,
  • 5 biji telur.

Cara-cara :

  1. Panaskan kuali, masukkan 4 sudu buttercup.
  2. Tumis bawang putih sampai naik bau.
  3. Masukkan ayam, tunggu sampai separuh masak.
  4. Masukkan semua bahan A. Asingkan ke tepi.
  5. Rebus Maggi sampai sederhana kembang. Toskan, asingkan ke tepi.
  6. Masukkan semua bahan B. Gaulkan sebati.
  7. Campurkan bahan A dan bahan B. Gaul hingga sebati.
  8. Kemudian jika bahan sudah gaul rata, panaskan kuali. Pastikan kuali yang rata sebab senang alihkan murtabak.
  9. Kemudian masukkan 3 sudu buttercup dalam kuali. Biarkan cair dulu.
  10. Selepas itu masukkan campuran bahan A dan B yang sudah digaul sebati tadi dalam kuali dan ratakan.
  11. Tunggu 10 minit untuk masak, guna api yang sederhana jangan api kuat nanti hangit.
  12. Jika sudah masak garing, alihkan dipinggan asing. Kemudian panaskan 3 sudu buttercup sampai cair baru masukkan murtabak yang sudah dialih tadi. Baru rasa rangup murtabak itu. Kalau tidak panaskan buttercup pun boleh tapi rasa garingnya tidak sama nanti. Tunggu 10 minit sampai sebelah lagi bahagian garing.
  13. Sedia untuk dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi murtabak maggi cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

"

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.