Mencari resepi nasi arab kambing yang sedap dan mudah? Pada perkongsian ini kami akan tuliskan resepi nasi arab mudah dimasak dengan hanya menggunakan periuk nasi sahaja.

Nasi arab antara menu yang menjadi kegemaran ramai. Makanan budaya Timur ini digemari dalam kalangan rakyat Malaysia. Tidak kira sama ada orang tua, muda bahkan anak-anak amat menyukai nasi arab.

Nasi arab banyak dihidangkan untuk kenduri kahwin, majlis mesyuarat, rumah terbuka dan lain-lain. Jika anda mencari resepi nasi arab kambing yang mudah sila ikuti resepi yang dikongsikan oleh Zueryna Zulkepli di laman Facebook di bawah ini. Selamat mencuba.

Resepi Nasi Arab Kambing

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 kg beras @ 4 cawan beras basmathi,
  • 3 sudu makan minyak sapi,
  • 3 biji bawang besar dipotong dadu,
  • 3 biji bawang putih dicincang,
  • 10 tangkai daun ketumbar, bubuh lebih pun boleh.
  • 3 tangkai daun kari,
  • 3 helai daun pandan siat kecil-kecil,
  • 4 sekawan,
  • 3 sudu rempah nasi arab,
  • 1 ketul kiub ayam,
  • Kambing sekilo (basuh dengan tepung gandum),
  • Garam secukup rasa.

Cara-cara :

  1. Tumis daun kari, bawang besar, bawang putih dan 4 sekawan sampai naik bau.
  2. Masukkan rempah dan sedikit air serta kiub ayam.
  3. Masukkan kambing dan masak sehingga agak kering (tutup periuk dan sekali sekala kacau).
  4. Masukkan air 5 cawan.
  5. Masukkan beras yang telah dibasuh dan toskan.
  6. Masukkan daun ketumbar yang dikerat kasar dan daun pandan dicarik. Kacau untuk ratakan.
  7. Masukkan garam secukup rasa.
  8. Tutup periuk hingga nasi masak.

Resepi Sambal nasi arab

  • 6 biji tomato,
  • 3 biji bawang besar,
  • 10 tangkai daun ketumbar,
  • 3 biji cili merah (boleh lebihkan kalau ingin lagi pedas),
  • 3 sudu makan gula,
  • 1 ketul kiub ayam,
  • Garam secukup rasa,

Cara-cara :

  1. Blander semua bahan.
  2. Perahkan 4 biji limau nipis @ sebijik limau Sunkist.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi arab kambing, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.