Murtabak maggi sedap dan cepat. Cara lain makan maggi, telur atau murtabak? Kerana bahan ini berbahan asas telur dan maggi serta dibuat macam murtabak. Apa pun hidangan ini memang sedap. Lagi kalau guna maggi yang enak, lebih enak pula lah murtabak maggi kejadiannya.

Murtabak maggi juga sedap dimakan masa berbuka, confirm licin. Ianya boleh dijadikan lauk. Boleh juga dimakan macam itu sahaja dicicah dengan sos cili.

Satu bungkus maggi boleh dapat dua keping murtabak mengikut resepi murtabak maggi mini ini, jimat bukan? Murtabak yang terhasil besar dan tebal. Membuatnya mudah tidak sampai setengah jam sudah siap.

Ummi Hashikin berkongsikan resepi murtabak maggi mini di laman Facebook. Ramai yang minat resepi ini. Maka, di bawah ini kami terangkan kembali resepi murtabak maggi sedap mudah yang patut anda cuba.

Resepi Murtabak Maggi

murtabak maggi

Imej via Facebook

Bahan Murtabak :

  • 1 bungkus maggi kari,
  • 1-2 keping daging burger/minced beef,
  • 2 biji telur,
  • 2 biji bawang besar,
  • 1 batang cili,
  • 1 tbs serbuk kari daging/ayam,
  • Sedikit air,
  • Garam/gula (bahan perasa),
  • Sedikit minyak.

Bahan Sos Bawang :

  • 1 biji bawang besar (hiris halus),
  • 2 tbs cuka,
  • 2 tbs gula,
  • ½ tsp garam,
  • 2-3 tbs air,
  • 1 titik pewarna merah.

Cara Penyediaan :

  1. Celur maggi dalam air yang mendidih. Toskan maggi dan biarkan ia sejuk.
  2. Potong dadu bawang besar, hiris nipis cili dan cincang daging burger.
  3. Campurkan serbuk maggi dan serbuk kari daging, tambahkan sedikit air untuk jadikan pes kari.
  4. Panaskan minyak, tumis pes kari sampai pecah minyak. Masukkan bawang, daging burger dan air. Kacau seketika sampai mendidih dan air sedikit kering (inti jangan terlalu kering). Ketepikan dan biarkan ia sejuk.
  5. Pukul telur dalam 2 mangkuk yang berasingan.
  6. Bahagi dua maggi yang telah dicelur dan inti murtabak, masukkan ke dalam campuran telur dan gaul rata. Tambahkan bahan perasa gula/garam.
  7. Panaskan sedikit minyak masak dalam non-stick pan/kuali rata, api perlahan. Tuang campuran maggi tadi ke dalam pan. Tekan-tekan sedikit supaya maggi padat.

    murtabak maggi

    Imej via Facebook

  8. Bila maggi sudah garing sedikit, terbalikkan maggi.
  9. Bila kedua-dua belah sudah agak garing dan maggi tidak bercerai, boleh angkat.
  10. Untuk menyediakan sos bawang. Gaul rata semua bahan.
  11. Siap.

Tips :

  • Saya prefer maggi yang dicelur sampai kembang sebab nanti maggi akan lembut dan terbentuk elok. Baru rasa sedap macam murtabak biasa. Kalau prefer yang kenyal pun ok, murtabak maggi akan jadi lebih garing.
  • Cara dapatkan 4 segi, tekan-tekan sedikit adunan bagi mampat dan ratakan bahagian tepi murtabak. Tutup dengan penutup kuali, supaya bahagian dalam cepat masak, nanti senang proses terbalikkan murtabak bila murtabak sudah separa masak.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi murtabak maggi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.