Masakan singgang cukup popular dalam kalangan orang negeri Terengganu. Walaupun jarang orang memasak singgang ikan, namun masakan ini menarik terutama jika anda pertama cuba. Maka tidak ada salahnya jika sekali-sekala anda cuba masak singgang.

Selain daripada daging, rupanya ikan juga boleh dibuat singgang. Bila kehabisan idea untuk mencari variasi masakan ikan, boleh cuba masak ikan singgang mudah ini. Resepi singgang pedas ikan versi Terengganu ini mesti sesuai dengan selera anda.

Hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapat dan sangat simple kerana hanya menggunakan air saja tidak perlu pakai santan. Makan dengan nasi putih, singgang pedas ikan ini akan memuaskan makan tengah hari anda tentunya.

Tidak sabar ingin resepinya? Mari lihat di bawah ini, resepi singgang ikan pedas versi Terengganu oleh Hanieliza Kamarudin‎ yang dikongsikan di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Singgang Ikan Pedas

singgang ikan

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 4 ekor ikan kerisi,
  • 5 biji cili api,
  • 4 biji bawang merah,
  • 3 ulas bawang putih,
  • 1 inci lengkuas,
  • ½ inci kunyit,
  • 3 cawan air,
  • 5 keping asam gelugur,
  • Garam secukup rasa,
  • 2 kuntum bunga kantan dibelah 2,
  • 8 tangkai daun kesum.

Cara Membuat :

  1. Mula-mula buang sisik ikan kerisi, bersihkan dan kelarkan ikan.
  2. Kemudian kisar cili api, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit dan 1 cawan air hingga halus.
  3. Setelah semua bahan kisar hancur, masukkan bahan kisar, asam gelugur dan 2 cawan air ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
  4. Jika sudah mendidih, baru masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum ke dalam periuk.
  5. Biarkan mendidih lagi dengan perlahan-lahan selama 5 minit.
  6. Hidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi singgang ikan pedas, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.