Sotong, siapa yang tidak suka olahan makanan yang bersumber daripada haiwan laut ini? Sotong boleh dimasak dengan cara digoreng ataupun kari. Namun pernahkah anda mencuba memasak sotong dengan kicap dan cili? Tentu anda sudah tertunggu-tunggu resepi ini !

Bahan utama yang digunakan dalam resepi ini ialah sotong, namun ini bukan resepi memasak sotong cara biasa pada umumnya, ianya memiliki rasa manis daripada kicap dan juga pedas daripada cili padi.

Dimana anda yang menyukai masakan manis namun pedas yang menggigit lidah akan sangat menyukai masakan ini. Anda yang ingin mencuba resepi sotong berbeza sangat digalakkan untuk mencuba resepi ini.

Baiklah pada kesempatan ini, kami akan mengongsikan kepada anda resepi memasak sotong yang nikmat lagi sedap, iaitu resepi sotong masak kicap pedas. Dimana resepi ini didapat daripada Tengku RosElyza Raja Muhammad di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai dari netizen. Selamat mencuba..

Resepi Sotong Masak Kicap Pedas

Resepi Sotong Masak Kicap Pedas

Imej via facebook

Bahan-bahan yang Digunakan

  • 1 kg sotong (lumur kunyit dan garam setelah itu goreng halfcooked)
  • Bawang putih/bawang merah/ halia/ cili padi ikut kepedasan (kisar)
  • Kayu manis, bunga lawang
  • 2 batang serai
  • 1 senduk besar cili kisar
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Sedikit air asam
  • Bawang merah hiris bulat
  • Tomato/cili merah (hiris dan potong)

Cara Memasak Sotong Masak Kicap Pedas

1. Tumis bahan kisar sampai naik bau atau kekuningan.

2. Masukkan bunga lawang, kayu manis, serai.

3. Masukkan cili kisar tumis sampai pecah minyak.

4. Masukkan semua jenis sos dan kicap manis (jika pekat tambah air sedikit). Tumis.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

6. Masukkan bawang hiris, tomato, cili merah kacau sekejap.

7. Masukkan sotong. Gaul rata, tutup api.

Resepi Sotong Masak Kicap

Imej via Google

Resepi Menarik Lain

Mudah sahaja kan resepinya? Selain dari Resepi Sotong Masak Kicap Pedas diatas, kami juga menulis resepi lain yang menarik dan mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya..

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.