Tidak lengkap hidang nasi kerabu tanpa solok lada dihidangkan bersama. Terdapat banyak jenis solok lada yang boleh disediakan. Setiap satu daripadanya mempunyai rasa yang berbeza antara satu sama lain. Ianya juga sangat mudah untuk disediakan. Selain daripada dimakan dengan nasi kerabu boleh juga dimakan bersama nasi putih.

Pada hari ini, kami akan berkongsikan bersama dengan anda resepi solok lada siam. Bahan utama solok lada adalah isi ikan yang ditumbuk dengan beberapa bahan lain bersamanya. Bolehlah anda makan dengan puas nanti apabila sudah siap disediakan.

Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat resepi solok lada siam yang telah dikongsikan oleh Afy AL Habibi di laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat banyak perkongsian.

Resepi Solok Lada Siam

solok lada siam
image via Facebook

Bahan – bahannya:

Bahan tumbuk 1:

  • 1 1/2 biji bawang merah saiz bola ping pong
  • 1/2 hiris nipis halia
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam

Bahan tumbuk 2:

  • 3 ekor ikan selayang/sardin direbus terlebih dahulu (saiz s dan asingkan tulang)
  • 2 ekor ikan selayang/sardin mentah (saiz s dan asingkan tulang)

Bahan – bahan lain:

  • Gula
  • Garam
  • Perasa Hilal
  • 1/2 biji limau kasturi
  • 8 tangkai lada besar siam
  • 2 batang serai
  • Santan kotak
  • 3 genggam kelapa parut putih/muda

Cara – cara penyediaannya:

  1. Tumbuk bahan tumbuk 1 dengan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu kecil garam dan 1/2 sudu kecil serbuk perasa Hilal.
  2. Kemudian masukkan bahan tumbuk 2 ke dalam lesung yang sama dan tumbuk sebati.
  3. Tambahkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu kecil garam dan 1/2 sudu kecil perasa Hilal.
  4. Perah 1/2 biji limau kasturi ke dalam bahan tumbuk bagu mengelakkan rasa hanyir ikan.
  5. Sediakan 3 genggam isi kelapa parut putih/muda. Masukkan sedikit demi sedikit kelapa parut untuk ditumbuk bersama bahan tadi.
  6. Sediakan 8 tangkai lada besar siam. Belah dua lada tetapi jangan sampai terputus.
  7. Buang urat dan biji di dalamnya.
  8. Sumbat isi kelapa ke dalam perut lada.
  9. Tumbuk 2 barang serai dan carik-carikkan untuk disusun pada bahagian bawah periuk sebagai pelapik.
  10. Susun solok lada di dalam periuk.
  11. Kemudian, masukkan 1/2 cawan santan kotak yang telah dicampurkan 1/3 cawan air.
  12. Masukkan kira-kira 1/2 sudu besar gula dan secubit garam serta perasa Hilal untuk ditabur rata pada bahagian atas solok lada.
  13. Tutup periuk dan masak solok lada dalam api perlahan sehingga lada berubah warna dan isinya menjadi sedikit kemas mengecut.
  14. Siap dan boleh dihidangkan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat perlbagai lagi resepi-resepi lain yang telah kami kongsikan di sini. Boleh lah anda klik pautan di bawah untuk melihat resepi-resepi tersebut. Jangan lupa untuk kongsikan resepi yang telah anda cuba bersama rakan-rakan terdekat anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .