Ayuh masak soto Makassar!

Soto Makassar adalah sangat terkenal di negera jiran. Ianya ialah makanan khas kota Makassar. Soto sama macam sup letak daging, kacang, kicap, cili dan limau perah.

Jangan pelik bila dengar nama soto dan coto kerana sejatinya kedua-dua itu ialah sama. Nama umumnya ialah soto. Namun orang Makassar panggil coto.

Soto Makassar merupakan menu paling dicari masa raya korban. Pertama kali makan rasa sedap sungguh. Makan dengan nasi impit baru sesuai padanannya.

Di bawah ini kami tuliskan resepi soto Makassar didatangkan dari Sharifah SueSarah Syed Fadzil di laman Facebook. Sesiapa yang teringin cuba resepi baru untuk daging korban boleh masak soto Makassar pula.

Resepi Soto Makassar

soto makassar

Imej via Google

Bahan-bahan :

  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Halia,
  • Bawang besar,
  • Kacang tanah,
  • Cengkih, bunga lawang,
  • Kayu manis,
  • Ayam/daging,
  • Garam,
  • Ajinamoto.

Cara-cara :

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar letak air sedikit.
  2. Lepas kisar, tumis sampai kering biar ada minyak sedikit. Matikan api dan biarkan dalam kuali dulu.
  3. Kacang tanah mentah digoreng tapi jangan terlampau masak. Goreng setengah masak saja kemudian diblender halus.
  4. Sediakan periuk untuk masak soto. Isi air kedalam periuk.
  5. Letak ayam mentah yang sudah dipotong atau daging kedalam periuk.
  6. Masukkan garam, cengkih, bunga lawang dan kayu manis bersama dengan ayam/daging. Kemudian direbus bahan.
  7. Setelah ayam empuk angkat ayam, carik-carik isi ayam jadi kecil-kecil. Kalau guna daging potong kecil macam dalam gambar. Yang tulang tadi jangan dibuang ya biarkan dalam periuk air rebusan tadi.
  8. Setelah itu, masukkan bahan tumis ke dalam periuk dengan kacang tanah, letak garam dan ajinomoto.
  9. Masa hidang boleh letak bawang goreng dan daun sup.
  10. Lada pedas ditumbuk sampai hancur atau blender letak garam dan ajinamoto.
  11. Potong limau asingkan. Perah bila ingin makan sesedap rasa sendiri.
  12. Kicap pekat letak masa ingin makan.

    soto makassar

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi soto makassar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.