Sotong goreng tempura bermaksud saduran rangup yang ringan dan berongga. Ia tidak keras berkeping-keping sebaliknya ia lebih crunchy dan saduran pula tidak mudah terkelupas.

Goreng ala tempura berasal dari Jepun. Di mana sotong digoreng dengan adunan tempura. Jenis tepung yang diguna dan rasio adunan haruslah sesuai agar mendapatkan adunan tempura yang rangup dan garing.

Maka itu kami tuliskan pada perkongsian kali ini resepi sotong goreng tepung rangup yang dikongsikan oleh Yuss Aisya di laman Facebook.

Tanpa buang masa, anda yang kehabisan idea memasak sotong boleh cuba resepi sotong goreng tepung rangup di bawah ini. Krup krap bunyinya. Selamat mencuba.

Resepi Sotong Goreng Tempura

sotong goreng tepung

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Semangkuk sotong,
  • * ½ cawan tepung gandum,
  • * ½ cawan tepung jagung,
  • * 1 sudu teh baking powder (wajib ada untuk efek bubble rangup),
  • * 1 sdt garam,
  • * Secubit kecil kunyit (jangan banyak nanti jadi merah).

Cara-cara :

  1. Susun sotong di atas napkin. Elak susunan yang menakung air. Teknik ini bertujuan menyejat air sotong dan memendekkan masa menggoreng supaya sotong kekal lembut. Kalau tidak keringkan air, sotong boleh mem’bom’ bila digoreng sebab air dalam sotong membuak keluar bila panas. Air itu yang tendang tepung sampai tanggal.
  2. Ambil satu lagi napkin dan letak di atasnya. Tekan-tekan perlahan untuk serap airnya. Biarkan sebentar.

    sotong tempura

    Imej via Facebook

  3. Seterusnya kacau rata adunan bertanda * dahulu.
  4. Kemudian masukkan sotong. Tutup dan goncang bekas hingga sotong dan adunan tercampur rata.
  5. Lepas goncang rata lalu keluarkan sotong. proses ini akan serap excess air sotong. Kemudian ambil sotong. Asingkan masuk tempat lain.

    sotong tempura

    Imej via Facebook

  6. Tepung yang tinggal dari adunan goncang tadi dicampur pula dengan air sejuk. (Air berais : airnya sahaja).
    Ujian untuk dapat konsistensi kepekatan adunan tepung yang betul :
  7. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga dapat adunan seperti dalam gambar. Uji dengan kaedah buat jalur pada sudu.
  8. Kemudian sengetkan sudu. Pastikan jalur lambat bertaut tapi mesti mengalir. Itulah kepekatan yang betul.

    sotong tempura

    Imej via Facebook

  9. Celup sotong satu persatu dan goreng dalam minyak yang panas hingga keemasan. Pastikan celup keseluruhan. Tempoh menggoreng jangan terlalu lama. Maksima seafood dalam setakat didih cuma 2 minit. Untuk goreng cukup sekadar seminit. Bergantung saiz sotong dan suhu.
  10. Perhatikan saduran tepung nampak ringan dan sedikit gelembung. Rangup sadurannya tetapi isinya kekal lembut. Selamat mencuba.

    sotong goreng tepung

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sotong tempura, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.