“Saya suka hari Jumaat sebab boleh makan Spaghetti”. Kalau kita rajin menonton televisyen, pasti sahaja akan teringatkan suara budak kecil di atas meja makan, sedang menunggu untuk juadahnya yang tengah dihidangkan, semestinya iklan itu seperti tidak asing lagi.

Spaghetti Bolognese adalah sesuatu juadah yang mudah untuk dibuat, selain daripada bahan – bahannya yang amat ringkas dan mudah untuk didapati. Spaghetti Bolognese adalah sebuah juadah yang berasal daripada Itali, ianya adalah tomato-based dan selalunya kita akan letakkan ianya bersama daging ayam atau daging lembu. Bagi ibu – ibu yang bekerjaya, menginginkan sesuatu yang mudah tetapi sedap, pastinya spaghetti Bolognese adalah pilihan terbaik buat anda.

Resepi ini telah dikongsikan Nur Aisya, dan semestinya mendapat perkongsian yang ramai di Facebook!

Resepi Spaghetti Bolognese

spaghetti bolognese

image via Continental

Bahan –  bahan:

  •  1 bawang Holland (didadu)
  • 2 bawang besar (didadu)
  • 1 labu bawang putih  (didadu)
  • 2 botol sos Bolognese Kimball
  • 500 gram daging kisar Ramly
  • 1 paket sausage daging Ramly
  • 3 sudu besar butter
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 tin cendawan butang (hiriskan)
  • 2 batang carrot diparut
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 mix herbs
  • Garam dan gula

Cara – cara memasak:

  1. Perahkan air cendawan yamg dihiris tadi. Gorengkan sampai garing dan ketepikan.
  2. Goreng sausages dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dan campurkan butter.
  4. Tumiskan bawang -bawang dan lada hitam sehingga garing sedikit.
  5. Masukkan daging dan masak sampai air daging itu kering.
  6. Masukkan sos, dan dua botol air yang dicampur didalam botol sos itu.
  7. Masukkan kiub ayam.
  8. Kemudian masukkan mix herbs, garam dan gula secukup rasa.
  9. Masukkan sausages, cendawan dan carrot.
  10. Masak sehingga pekat sedikit. Nota: Kalau suka letakkan serbuk cheese semasa hendak makan.
  11. Siap dan sedia untuk dihidangkan kepada keluarga!

Resepi -resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi spaghetti bolognese, terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda juga ya!

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.