Hari ini kami akan berkongsikan satu resepi western iaitu resepi spiral goreng. Resepi daripada Harayati Johari‎ di laman Facebook ini rasanya memang sedap.

Sekali cuba makan spiral goreng mesti anda jadi terus suka dan teringin makan lagi dan lagi. Biasanya jarang orang buat masakan spiral goreng. Selalunya spiral dimasak dengan sos mushroom ataupun bolognese.

Yang paling menyeronokkan ialah siapapun yang pertama kali mencuba hidangan ini dari yang mula-mula tidak suka akan jadi suka. Makan sampai bertambah-tambah tidak boleh berhenti.

Cara memasaknya sama dengan menumis ataupun menggoreng mee pada umumnya. Ianya menggunakan daging cincang, bawang dan herbs lainnya serta sos cili dan sos tiram. Bentuk spiral yang unik dan rasa yang sedap akan membuat anak-anak anda ternanti-nanti dibuatkan hidangan ini. Sila cuba resepinya.

Resepi Spiral Goreng

spiral goreng

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Sebungkus spiral,
  • Sebiji bawang besar dicincang,
  • 4 ulas bawang putih dicincang,
  • Daging cincang saya guna daging burger Ramli-dicincang,
  • Sosej dipotong serong,
  • 4 sdb cili kering blend,
  • 5 sdb sos cili,
  • 3 sdb sos tiram,
  • Puree tomato/sos tomato,
  • 1 kiub pati ayam,
  • Lada hitam-ajishio,
  • Garam dan gula,
  • Carot-dipotong panjang-panjang,
  • Lada benggala dipotong memanjang.

Cara Memasak :

  1. Mula-mula rebus dahulu spiral sehingga lembut  di dalam periuk.
  2. Tambahkan sedikit garam ke dalam spiral yang direbus.
  3. Jika sudah empuk, angkat dan toskan.
  4. Kemudian tumis bawang-bawang yang dicincang sehingga layu.
  5. Lalu masukkan daging cincang dan goreng hingga garing.
  6. Selepas itu masukkan cili blend dan tumis sehingga pecah minyak.
  7. Barulah masukkan segala jenis sos, kiub pati ayam, garam dan gula. Kacau rata.
  8. Kemudian masukkan pula sosej, carot dan kacau lagi.
  9. Jika sudah merata, barulah masukkan spiral dan kacau bagi sekata.
  10. Akhir sekali masukkan lada benggala dan lada hitam ajishio.
  11. Kacau hingga rata. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi spiral goreng, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.