Mencari resepi sotong sumbat viral? Kali ini kami akan berkongsikan resepi sotong sumbat masak merah.

Hidangan sotong selalunya mencabar kerana ramai orang pening menentukan apa resepi sotong yang sedap. Sotong sumbat boleh menjadi pilihan anda petang ini.

Bahan sumbat sotong resepi  di laman Facebook ini ialah telur dadar dengan bawang, cili dan tomato dan dimasak dengan menghancur-hancurkannya jadi macam scramble egg.

Kemudian sambal masak merah dibuat mengikut resepi yang telah kami sediakan di bawah ini. Sotong sumbat digaul dengan sambal maka jadilah ia. Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Selamat mencuba.

Resepi Sotong Sumbat Masak Merah

sotong sumbat

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Sotong 4 ekor – cabut kepala dan bersihkan bahagian dalam takut banyak pasir.
  • Bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia- diblender. Kiraan agak-agak sahaja.
  • 4 biji telur, 1 biji lada besar merah dan hijau (hiris sederhana), 1batang daun bawang, 1biji tomato, ½ biji bawang besar (potong dadu), 1 ketul kiub ayam,
  • 5 sudu besar cili kering blender,
  • 3 sudu besar sos cili,
  • 2 sudu besar sos tiram,
  • Garam/perasa (ikut suka).

Cara-cara :

  1. Campurkan kesemua bahan nombor 3. Gaulkan rata.
  2. Jika bahan sudah digaul rata, panaskan minyak sedikit dan masak bahan sampai jadi scramble eggs. Ketepikan biar sejuk

    sotong sumbat

    Imej via Facebook

  3. Seterusnya panaskan minyak dan masak bahan nombor 2 yang sudah diblend tadi sehingga naik bau. Jangan lupa masukkan garam/perasa.
  4. Kemudian terus masukkan bahan nombor 4 dan kacau sebati. Tunggu sampai masak/pecah minyak.
  5. Sementara tunggu cili masak, sumbat scramble eggs tadi ke dalam sotong. Sumbat padat jangan ada ruang.
  6. Selepas itu, tutup bahagian kepala sotong dengan cucuk lidi kecil. Supaya telur tadi tidak keluar.
  7. Jika cili sudah masak/pecah minyak, masukkan bahan nombor 5 dan 6 kacau sampai sebati. Tambah gula, garam/perasa.
  8. Akhir sekali masukkan sotong. Jangan kerap kacau takut kepala sotong tercabut nanti dan telur terkeluar.
  9. Bila sotong sudah masak. Tutup api.
  10. Siap.
sotong sumbat

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sotong sumbat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.