Resepi sup ayam ini pasti membuatkan perut anda gembira.

Sup adalah menu yang biasa  terdapat dalam kebanyakkan masakan seluruh dunia. Ada pelbagai versi sup, ada yang menggunakan daging kambing seperti sup kambing yang berasal daripada India.

Ia mengandungi kandungan rempah yang banyak dan sedikit pedas. Manakala ada sup jernih seperti sup sayur dari China. Ia mengandungi bahan yang ringkas seperti bawang putih, lada sulah, ikan bilis dan sayur-sayuran. Selain daripada sup sayur, sup ikan juga ringkas dan mudah.

Sup ayam adalah antara sup yang paling mudah namun tetap menjadi kegemaran ramai orang. Ia terkenal di serata dunia. Lazimnya bahan asasnya hanyalah bawang merah, bawang putih, halia serta ayam.

Namun atas kreativiti, pelbagai bahan ditambah untuk menaikkan aroma dan sekali gus mempengaruhi rasanya. Ayam pula boleh diganti dengan ayam kampung atau ayam belanda. Ikutlah selera dan kreativiti anda.

Jom cuba resepi sup ayam istimewa ini. Cara menyediakannya yang membuatkan sup ayam ini sedap & wangi.

Resepi ini telah dikongsi oleh Lin Zalika dan telah mendapat ribuan perkongsian di Facebook.

Resepi Sup Ayam Halia Lada Hitam

Sup Ayam

Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ayam satu mangkuk sup kecil
  • Serai sebatang (dipotong dan diketuk)
  • Halia (dihiris sendiri)
  • 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • Beberapa ulas bawang putih kecil
  • Sedikit daun bawang
  • 1 sudu gula
  • Garam secukup rasa

Cara – cara:

  1. Masakkan air sehingga panas, lebihkan air untuk dihirup.
  2. Tumbukkan lada hitam, bawang putih dan bawang merah.
  3. Masukkan serai, halia, ayam, garam serta gula dan biarkan ianya masak.
  4. Selepas sahaja ayam masak, masukkan bawang putih kecil dan daun bawang.
  5. Siap!
Sup Ayam

Image via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi sup ayam ini, terdapat juga beberapa resepi lain yang mudah dan menarik untuk anda cuba. Jadi, jangan lupa tekan dan share artikel artikel ini ya! Selamat mencuba!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.