Siapa suka makan sup cendawan? Atau nak nama mat salleh sikit, mushroom soup gitu! Biasanya kalau makan pizza, mesti rasa tak lengkap kalau tak ada sup cendawan yang pekat berkrim tu kan. Sup cendawan tu kalau dicicah dengan roti memang sedap dan mengenyangkan. Lagipun, sup cendawan ni x muak sangat. Dah habis, rasa nak lagi je. Nyum nyum!

Macam mana nak jadikan sup cendawan korang tu lebih berkhasiat dan lebih sedap? Of course lah kena buat sendiri. Beli cendawan yang fresh tu, hiris-hiris letak dalam sup. Cendawan ni sangat bagus untuk kesihatan kita. Ia boleh meningkatkan system imuniti badan dan membantu dalam memulihkan system badan kita. Kalau baca khasiat tentang cendawan ni, memang banyak lah. Jadi, rajin-rajinlah membacanya ya.

Apa yang lainnya sup cendawan ini ialah ia pekat berkrim; bukan macam yang sup sayur tu. Yang sup sayur cendawan tu nanti kami kongsikan di entry yang lain yer. Sup cendawan pekat berkrim ni sangat sesuai untuk dicicah dengan roti atau dimakan begitu sahaja. Kalau time tak lalu nak makan, InshaaAllah ia sangat membantu. Haa pasni bolehla tambah koleksi menu ketika kurang sihat. Moga cepat je proses penyembuhannya nanti.

Kali ini kami kongsikan resepi sup cendawan yang pekat berkrim yang telah diupload oleh saudari Rozila Ibrahim di Facebook. Katanya, sejak beliau pandai buat sendiri, memang tak layan dah mushroom soup Pizza nyer tu. Haaa best tau! Selamat mencuba!

Resepi Sup Cendawan

Sup Cendawan

Image via Facebook

Bahan-bahan 1:

3 biji bwng holand
2 biji bwng putih
1 paket Cendawan tiram
1/2 paket cendawan shitake segar
3 SB butter
1 cwn tepung jagung
1 liter air

Cara Penyediaan:

(1) Cairkan butter, masukkan bawang dan cendawan. Apabila dah layu masukkan tepung.
(2) Tunggu sehingga sejuk dan blend dengan 1liter air sampai betul2 halus dan creamy
(3) Masukkan ke dalam periuk dan reneh atas api perlahan2 sampai mndidih.
(4) Kemudian, masukkan bahan-bahan 2.

Bahan-bahan 2:

1 tin Cendawan butang (potong halus)
1 tin susu cair
1 kiub ayam
Garam
Lada hitam blend
Pasley flakes( optional)

Cara Penyediaan:

(1) Masukkan dalam semua bahan yg dah diblend. Kalau agak pekat tambah air lagi.
(2) Perasakan semua biar balance semua rasa.

# bila sejuk sup akan lebih pekat..
# kalau cair, ambik sedikit kuah masak semula dgn tepung dlm bekas lain kemudian blender.. jgn direct tambah tepung dlm kuah..

Teruja dengan resepi ini? Semestinya WAJIB untuk anda cuba! Selain resepi ini, terdapat banyak lagi resepi lain yang terdapat di blog eksklusif kami ini. Jemput untuk lihat kesemuanya dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.