Ramai yang menggemari sos keju dari KFC bukan? Rasanya yang betul – betul berkeju membuat kita menjilat jari, akan tetapi harganya tidaklah murah terutama bagi yang mempunyai keluarga yang besar. Sudah tentu menelan kos yang tinggi. Di ambang 2019 ini, pasti kita perlu mempunyai alternatif lain untuk menyediakan hidangan, seperti dengan menyediakannya sendiri. Rasanya juga boleh diubah mengikut kepada selera kita. Boleh jadi ianya lebih berkeju, atau lebih pedas, terpulang kepada anda. Selain itu, dengan membuatkan ianya sendiri, pasti sahaja kosnya akan menjadi lebih murah.   

Oleh itu hari ini kami akan bawakan resepi sos keju ala KFC yang boleh anda buat sendiri di rumah. Cara pembuatannya ringkas, tidak menelan masa yang lama. Bahan – bahannya juga boleh didapati di pasaraya berdekatan anda. Nanti, bolehlah kita mencicah snek bergoreng kita bersama sos keju ala KFC ini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Riesha Iman dan terdapat banyak perkongsian di Facebook. Wah! Pasti menjadi. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat!

Resepi Sos Keju Ala KFC

sos keju
image via Facebook

Bahan – bahannya:

  • 6 keping cheese
  • 150G mentega
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 cawan susu full cream
  • 1 sudu makan tepung gandum dibancuh air suam (anggaran bila dah di bancuh tu dpt setengah cawan)
  • Pewarna kuning

Cara – cara memasak:

  1. Cairkan mentega bersama susu.
  2. Masukkan kepingan cheese, kiub ayam, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, gula dan bancuhan air tepung.
  3. Kemudian. apabila sudah likat dan berketul – ketul, tutup api. Biarkan ianya sejuk.
  4. Selepas itu, kisarkan adunan itu di dalam blender.
  5. Ini bertujuan untuk menjadikan ianya halus dan tak berketul – ketul.
  6. Akhir sekali, simpan di dalam peti sejuk. Siap!
sos keju
image via Facebook

Bolehlah anda cicahkan sos ini bersama snek gorengan anda. Sos ini juga boleh bertahan selama 2 minggu.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi sos keju ini, terdapat beberapa lagi buah resepi yang anda boleh cuba. Nanti, bolehlah dihidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.