Rasa teruja pula bila tengok orang makan kek durian. Rasa ingin beli dan makan masa puas-puas. Apalagi kalau musim durian macam ini.

Musim durian ramai pula orang yang jual kek durian. Hal ini kerana pesanan kek durian juga meningkat. Setidaknya, ada cara lain yang menarik untuk menikmati durian.

Walau durian tidak dimasukkan dalam bahan kek, namun durian digunakan dalam krim topping kek. Sehingganya, wangi lazat durian akan terasa bila anda gigit kunyah sepotong kek dengan topping sekali.

Untuk menjawab semua soalan anda, kali ini kami hadirkan resepi kek durian daripada Fainda Farahin di laman Facebook. Layan resepi di bawah ini.

Resepi Kek Durian Berkrim

kek durian

Imej via Facebook

Bahan A :

  • 5 biji telur gred B*,
  • 1 cup gula kastor*,
  • 1 sudu besar ovalete*,
  • 1 sudu kecil durian emulco,
  • 1 sudu kecil pewarna kuning,
  • Minyak jagung.

Bahan B :

  • 1½ cup self-raising flour,
  • 35 gram tepung jagung,
  • 1 sudu kecil cream of tartar,
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat.

Cara-cara :

  1. Masukkan bahan A yang bertanda * ke dalam mixer.
  2. Putar dalam kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi gebu seperti gambar di atas.
  3. Masukkan durian emulco dan pewarna. Mix sehingga Rata.
  4. Masukkan bahan B ke dalam adunan sedikit demi sedikit dengan kelajuan mixer yang rendah.
  5. Masukkan minyak jagung ke dalam adunan. Kaup balikkan dengan menggunakan senduk.
  6. Masukkan kedalam loyang size 10 inchi dan bakar pada suhu 160°C selama 40 minit atau sehingga masak mengikut oven masing-masing.
  7. Setelah masak terus keluarkan kek dan sejukkan ke atas redai bagi mengelakkan kek mengecut.

Topping Durian

Bahan-bahan :

  • ½ kg santan,
  • 150 gram isi durian (buang biji),
  • 100 gram gula,
  • 2 sudu kecil serbuk agar-agar,
  • 3 sudu besar tepung kastad.

Cara-cara :

  1. Satukan kesemua bahan blender sebentar dan masak di atas api perlahan sehinga pekat dan likat seperti di atas.
  2. Belah tengah kek dan letak topping di atas kek.
  3. Hias mengikut kreativiti masing-masing.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek durian, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.