Teringin nak makan kuih tepung pelita tapi tak jumpa mana yang sedap? Hendak pergi mendapatkan tepung pelita yang viral malas pula. Apa kata anda cuba resepi kuih tepung pelita ini. Memang gerenti jadi dan puas hati.

Kuih tepung pelita sememangnya telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sejak dulu lagi. Maka, tak mustahil lah kalau kuih ini selalu habis dijual di pasar malam.

Untuk pengetahuan anda semua, resepi ini telah dikongsi sejak tahun 2016 dan sehingga kini, telah banyak dikongsi sebanyak 5.8 ribu orang. BUkan sedikit orang yang berkongsi tentang resepi ini. Boleh dikatakan resepi wajib cuba

Wah. Bukan calang calang resepi yang mendapat share sebanyak itu. Memang confirm sedap.

Resepi ini dikongsikan oleh Norizan Ismail dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Kuih Tepung Pelita

Resepi Kuih Tepung Pelita

Imej via Facebook

Bahan bahan

Lapisan Bawah Hijau

  • 2 1/2 cawan santan cair
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4-5 sudu besar gula (kalau nak kurangkan boleh asalkan 2 sb)
  • Sedikit pewarna hijau

Nota : Kisarkan Semua Bahan

Lapisan Atas Putih

  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam

Nota : Kisarkan semua bahan

Cara cara Memasak

  1. Panaskan pengukus. Saya guna bekas plastik kecil. Saya letak daun pisang kat dasar bekas bagi bau wangi daun pisang
Resepi Kuih Tepung Pelita

Imej via Facebook

2. Letakkan gula dalam 1 sudu besar rate. Kalau nak air gula lagi banyak boleh letak gula 1 sb penuh

Resepi Kuih Tepung Pelita

Imej via Facebook

3. Kisarkan semua bahagian sehingga sebati. Jangan lama sangat

Resepi Kuih Tepung Pelita

Imej via Facebook

4. Memang cair. Jangan tambah air

Resepi Kuih Tepung Pelita

Imej via Facebook

5. Tuangkan dalam bekas yang ada gula tadi dalam separuh bekas

Resepi Kuih Tepung Pelita

Imej via Facebook

6. Kukus lapisan bawah 10 minit dengan api kuat

Resepi Kuih Tepung Pelita

Imej via Facebook

7. Sementara lapisan bawah masak, kisar sebati lapisan atas

Resepi Kuih Tepung Pelita

Imej via Facebook

8. Bila lapisan bawah dah cukup 10 minit, tuang perlahan lapiasan atas

Resepi Kuih Tepung Pelita

Imej via Facebook

9. Siap tuang lapisan atas, dan kukus lagi 10 minit

Resepi Kuih Tepung Pelita

Imej via Facebook

Nota : Kalau ada air bertakung dalam kuih, buang airnya

*Kami di Bidadari ingin minta maaf di atas kesilapan bahan yang digunkan dalam resepi tepung pelita ini. Resepi sebenar telah dikemaskini.Jadi, jangan takut untuk mencuba ya.

Resepi Kuih Lain Yang Menarik

Selain resepi kuih tepung pelita, kami juga mempunyai beberapa resepi kuih atau kek lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

Penulis: Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.