Sering kita dengar dan lihat donut gula, dan semestinya ianya telah menjadi kegemaran kita sebagai rakyat Malaysia. Namun, terdapat pelbagai jenis donut yang anda boleh cuba. Kali ini kami bawakan resepi donut pandan.

Donut pandan merupakan salah satu hidangan tradisi donut yang diberi nafas baru, kena dengan tekak orang Asia. Aroma pandan pasti akan dapat menarik minat sesiapa sahaja. Resepi donut pandan ini juga amat mudah untuk diikuti, serta bahan – bahannya mudah untuk didapati.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Earney Atyesha dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook.

Resepi Donut Pandan

donut pandan
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan kering:

  • 350 g tepung high protein
  • 150 g tepung gandum
  • 2 sudu besar serbuk santan
  • Jika tiada, ganti susu tepung dengan 10 g ragi/yis dan 80 g gula halus

Bahan basah:

  • 1 biji telur gred A
  • Air sejuk 90 g
  • Santan pekat dari kotak 50 g
  • Jus pandan 110 g atau 10 helai daun pandan matang (warna hijau gelap) dikisar bersama 100 g air sejuk

Nota:

  • Tapis dan ambil jusnya
  • Kalau tiada daun pandan, letak 2 sudu kecil Pandan Emulco campur dengan jumlah air yang tersebut
  • 1 sudu kecil pewarna hijau

Bahan lemak:

  • 80 g butter/margerin

Cara – cara:

  1. Nisbah air santan tadi dalam 110 g/kurang lebih, campur dengan 50 g santan pekat dan air sejuk 90 g
  2. Pastikan jumlah keseluruhan cecair ialah 250 g
  3. Jika anda menggunakan semua tepung gandum maka adjustkan tambah sedikit
  4. Jika semua tepung high protein, sila perhati perlu ke tak tuang habis 250 g itu.

Cara – cara ulian tangan:

  1. Gaul rata semua bahan kering dulu, sikit – sikit masukkan cecair.
  2. Kemudian, uli sampai tidak lekat ke tangan, dan masukkan margerin sedikit demi sedikit.

Cara – cara ulian breadmaker:

  1. Campak semua bahan dalam bekas dan tekan butang *DOUGH*

Cara – cara ulian mixer:

  1. Bahan kering + bahan basah mix sampai licin sikit dan kemudian baru masuk margerin.

Cara apa sekali pun, pastikan doh elastic dan licin di penghujungnya nanti.

Perap sehingga naik dua kali ganda atau selama satu jam.

Rounding 30 g

Tunggu naik sikit, tekan sikit dan buat bulat tengah.

Goreng dan gaul bersama gula.

Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Pelbagai lagi resepi yang anda boleh peroleh daripada bidadari.my. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini dan hidangkan kepada yang tersayang.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .