Tiada yang mampu tahan godaan ayam goreng seringgit. Jangan pandang sebelah mata, walaupun murah, ayam bajet seringgit selalu jadi favorit ramai sebab ianya sedap, rangup dan berbaloi juga.

Sekarang pun makin ramai orang yang jual ayam goreng seringgit di kedai-kedai tepi jalan atau pasar malam. Namun dengan mengesampingkan harga yang murah, anda juga mesti ingin beli ayam goreng seringgit yang sedap punya, rangup, rempah terasa, dan daging ayam yang lembut, betul?

Oleh kerana kami tidak ingin anda kecewa, kami datangkan resepi ayam goreng seringgit terus daripada peniaga ayam goreng tersebut. Jangan sangsi jangan bimbang, resepi dijamin seratus peratus sedap kerana cik ‎Murni Rahmat‎ telah membuktikan sendiri dengan jualan dia yang laris manis.

Di bawah ini kami ringkaskan untuk anda resepi yang dikongsikan cik Murni di laman Facebook. Ayam goreng yang terhasil memang sedap sangat, rangup, ayam lembut, rempah terasa tidak lebih tidak kurang. Sesuai dijadikan kudapan, malah lebih sedap dari ayam goreng puluh-puluh ringgit. Selamat mencuba.

Resepi Ayam Goreng Seringgit

ayam seringgit

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ayam seekor potong 22-24,
  • Bawang putih 5 ulas,
  • 1 biji bawang besar saiz kecil,
  • Halia 1 inci,
  • Lada hitam 1 sudu kecil,
  • Lada putih 1 sudu kecil,
  • Serbuk kari 1 sudu besar,
  • Garam dan serbuk perasa adabi.
  • Kisar semua bahan sampai halus.
  • Perap pada ayam.

Resepi Tepung Salut :

  • 1 cawan tepung bestari pedas,
  • 2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sebab ayam akan lebih garing dan rangup),
  • 1 sudu tepung ubi/beras.

Cara-caranya :

  1. Perapkan ayam dengan bahan kisar dan tambah sedikit tepung kering dalam 3 sudu.
  2. Sediakan 1 bekas untuk gaul ayam. Tuang sedikit tepung.
  3. Masukkan ayam dalam 5-6 ketul.
  4. Sendukkan tepung salut ke atas ayam.
  5. Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit).
  6. Bila tepung dah salut elok, gorengkan ayam pada minyak yang sederhana panas.
    *Boleh salut 2x untuk kesan lebih rangup.
  7. Hidangkan panas-panas.

Tips :

  1. Goreng ayam dalam minyak yang banyak, ayam tenggelam ya. (Untuk jimat minyak boleh pakai periuk kecil).
  2. Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak, cara ni akan buat ayam rangup diluar dan berjus di dalam.

Resepi Menarik Lain

Selain ayam goreng seringgit, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.