Mencari resepi telur yang menarik? Hidangan telur ialah hidangan yang selalu menjadi favorit ramai. Memasak telur sangat mudah, praktis, dan pantas sedunia. Bahan-bahan yang digunakan tidak susah untuk didapatkan. Masa memasak pula boleh siap dalam 2 minit sahaja.

Biasanya anak-anak juga lebih suka memakan telur berbanding makanan lainnya seperti ikan, ayam dan daging. Masakan telur juga boleh dicampur dengan bahan lain seperti sayur dan daging sehingga protein dan vitamin lainnya dapat diserap tubuh anak. Telur juga banyak dicampurkan kedalam mee dan nasi goreng.

Tahukan anda ada banyak resepi telur mudah, tidak hanya telur dadar, ada telur sambal, acar telur dan lain-lain. Maka itu, kami berkongsikan 35 resepi telur kepada anda. Tentunya kesemua resepi ini ialah praktis dan mudah namun sedap sangat.

Tunggu apalagi, jom tengok resepi di bawah ini. Sajikan telur sebagai sarapan mahupun bekal keluarga anda. Confirm mereka akan suka dan makan pun bertambah. Selamat mencuba.

Resepi Telur Air Asam

Imej via Facebook

Resepi berikutnya masak telur paling mudah dan menyelerakan. Rebus telur hanya 7 minit. Buat air asam pula 10 minit. Makan jangan tanya berapa minit sebab makan bertambah. Rasa asam makin menaikkan selera makan. Resepi dikongsikan oleh Norul Haisyu di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Telur dibasuh bersih.

Bahan Air Asam :

  • Cili api,
  • Bawang besar,
  • 191Tomato,
    (Hiris atau cincang ikut suka).
  • Asam jawa,
  • Garam cukup rasa,
  • Aji/perasa,
  • Air suam.
  • Bancuh sebati.

Cara-cara :

  1. Rebus telur dalam periuk selama 7 minit. Masukkan air sama paras dengan telur. Buka api PALING BESAR.
  2. Kupas telur di bawah air paip supaya telur elok licin tidak koyak.
  3. Toskan dan potong, letak dalam mangkuk.
  4. Masukkan cili, tomato dan bawang.
  5. Tuang air asam. Tunggu 15 minit supaya meresap dan sebati.

Resepi Rasam Telur

Imej via Facebook

Kata orang rasam telur baik untuk orang yang selsema atau demam. Setakat mana kebenarannya, tak cuba tak tahu. Tapi yang pasti rasanya sedap. Makan jadi bertambah-tambah. Pencinta rasam kena cuba masakan ini. Resepi dikongsikan oleh Eliza Amin Kolam di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 1 s/t jintan manis *,
  • 1 s/t jintan putih *,
  • 1 s/t rempah biji *,
  • 1 s/t lada hitam *,
  • Bawang merah *,
  • Bawang putih *,
  • Kunyit hidup *,
  • Telur,
  • Cili kering dipotong kasar,
  • Air asam jawa,
  • Buah tomato,
  • Biji sawi,
  • Daun kari,
  • Minyak menumis,
  • Garam secukup rasa.
Cara-cara :
  1. Tumbuk halus bahan bertanda *. Kemudian tumis bahan tumbuk sehingga garing.
  2. Masukkan daun kari dan cili kering, gaul sekejap.
  3. Masukkan air asam jawa, didihkan sekejap.
  4. Masukkan telur, perlahankan api.
  5. Akhir sekali masukkan tomato, biji sawi, dan garam, seimbangkan rasa. Siap.

Resepi Sekaya Telur

Imej via Facebook

Sekaya telur merupakan makanan tradisi yang dibuat daripada telur, tepung, dan gula merah. Sekaya telur sejenis dessert yang lembut, lemak, manis. Sekali cuba sekaya telur mesti teringin lagi. Mari cubakan resepi sekaya telur yang dikongsikan oleh Tg Khuzanika di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 10 biji telur,
  • Nisan @ gula merah agak-agak (bubuh air sedikit, masak pekat bersama daun pandan),
  • 3 cawan santan (yang sudah dicampur dengan nisan tadi),
  • 2 sudu besar tepung beras (biasa),
  • Sedikit garam,
  • 1 penutup esen vanila @ pes pandan (modenkan sedikit bagi hilang hanyir),
Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bekas.
  2. Kacau sebati guna whisk sahaja (kacau untuk sebatikan adunan).
  3. Perasakan manis ikut suka.
  4. Tapis dan masukkan ke dalam loyang.
  5. Kukus guna api sederhana. Bubuh daun pandan dalam air rebusan untuk aroma yang sedap. Siap.

Resepi Sambal Telur Rebus Goreng

Imej via Facebook

Sambal telur pembuka selera sedia untuk temankan makan tengah hari anda. Orang ramai minat sambal telur rebus sebab aroma khas telur itu masih terasa sangat. Selain itu luaran telur digoreng sedikit supaya agak garing di luar. Ikan bilis boleh diguna untuk memberi rasa yang lagi lazat. Sila cubakan resepi sambal telur rebus goreng oleh Siti Fatimah di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 6 biji telur (direbus dan digoreng),
  • Segenggam ikan bilis,
  • Cili kering 10 tangkai *,
  • Bawang kecil 3 ulas *,
  • Bawang putih 2 ulas *,
  • Sedikit belacan *,
  • Sedikit air asam,
  • Sedikit santan,
  • Pati ayam seketul,
  • Sedikit garam,
  • Sedikit gula,
  • Sedikit daun kari,
  • Sedikit daun bawang,
  • Cili padi 6 biji,
  • Cili merah1 biji,
  • Sebiji bawang besar untuk hiasan.
Cara-cara :
  1. Blend bahan bertanda * kemudian tumis sampai pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan ikan bilis, masak dalam 10 minit.
  3. Seterusnya masukkan air asam jawa, pati ayam, santan, gula, dan garam. Dimasak sampai kuah pekat.
  4. Akhir sekali masukkan telur, bawang besar, daun kari, daun bawang, cili padi, dan cili merah. Siap.

Resepi Telur Sotong Goreng Kunyit

Imej via Facebook

Siapa penggemar telur sotong? Ada lagi yang belum pernah makan telur sotong? Agak susah cari orang yang jual menu telur sotong. Yang paling popular dari menu ini ialah telur sotong goreng kunyit. Jika anda penasaran kami adakan resepi daripada Shira Ishak di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Telur sotong,
  • Bawang putih,
  • Bawang merah,
  • 1 sudu teh serbuk kunyit,
  • Garam,
  • Gula,
  • Serbuk perasa,
  • 2 keping Asam keping,
  • Cili merah,
  • Cili hijau,
  • Cili kering-potong serong,
  • Bawang besar potong bulat,
  • Daun bawang dan daun sup,
  • Sedikit minyak untuk menumis.
Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih dan bawang merah.
  2. Masukkan telur sotong dan goreng sekejap.
  3. Masukkan kunyit, garam, gula, serbuk perasa, dan asam keping.
  4. Akhir sekali masukkan bawang besar, cili merah dan cili hijau.
  5. Jika sudah masak, taburkan daun sup dan daun bawang.

Resepi Gulai Telur Itik Kelantan

gulai telur itik
Imej via Facebook

Adakah yang suka gulai telur? Kali ini kita datangkan resepi daripada Kelantan pula. Gulai kuning telur itik. Jom intip resepinya perkongsian daripada ‎Rosmini Rozi‎ di Facebook. Berlemak enak dan sedap menjilat jari.

Bahan-bahan :

  • 4 biji telur itik
  • 1 pek santan
  • 1-2 keping asam
  • Garam
  • Gula

Bahan Kisar :

  • 4 ulas bawang merah
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 sudu besar ketumbar biji
  • 3 tangkai cili padi

Cara-cara :

  1. Masakkan santan bersama bahan kisar dengan api perlahan sambil terus dikacau sehingga mendidih.
  2. Masukkan asam keping, garam dan gula.
  3. Saya rebus telur berasingan. Kalau telur dimasak berasingan, masukkan ke dalam kuah yang telah mendidih. Lihat cara memasak telur berasingan di nota di bawah.
  4. Bila kuah pekat, siap untuk dihidangkan.

Nota:

  • Telur itik boleh dimasak berasingan dengan api perlahan agar ia tidak pecah.
  • Panaskan air hingga mendidih.
  • Pecahkan telur satu persatu sampai habis. Masak selama 15 minit. Angkat dan tos.
  • Kalau boleh jangan dikacau semasa ia belum benar-benar masak di dalam air. Ini kerana ia akan pecah dan strukturnya tidak menarik.
  • *Dalam air mendidih itu boleh tambah cuka sedikit.

Resepi Telur Bistik

telur bistik
Imej via Facebook

Bosan dengan masakan telur yang kering-kering saja? Boleh lah cuba buat telur bistik pula. Sesiapa penggemar telur bistik tu sila cuba resepi daripada ‎Norhafizah Shabudin‎ di lama Facebook ini. Sedap berkuah.

Bahan-bahan :

  • Telur
  • Daging ayam
  • Garam
  • Bawang putih cincang
  • Bawang holland potong dadgu.
  • Sos cili
  • Sos Tomato
  • Cili padi ketuk
  • Sayur

Cara-cara :

Untuk telur dadar :

  1. Pecahkan telur + garam + daging ayam potong dadu yang sudah digoreng terlebih dahulu. (Boleh guna daging burger).
  2. Gorengkan telur macam biasa.

Untuk kuah :

  1. Tumiskan bawang putih cincang + bawang holland potong dadu.
  2. Jika sudah layu, masukkan sos cili + sos tomato. Tambah air.
  3. Tambah cili padi ketuk, sayur (bunga kobis + carot + celery + capsicum)
  4. Perasakan dengan garam.
  5. Jika sudah siap kuah, tuang atas telur dadar. Tabur daun sup daun bawang.
  6. Siap.
    *nak kuah lebih, tambah air lebih, cili sos dan cili tomato lebih.

Resepi Sup Telur

sup telur
Imej via Facebook

Antara menu telur berkuah yang sedap lainnya ialah sup telur. Masakan ini sangat disukai kanak-kanak. Sup telur juga dapat membangkitkan selera makan. Resepi mudahnya dikongsikan oleh Joha Hassan‎ di laman Facebook. Sila cuba resepinya.

Bahan-bahan :

  • 3 biji telur segar
  • 1 ltr stok ayam atau air dan perisa ayam @ knorr ayam
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 inci halia dititik
  • 1 mangkuk air dan tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Secubit serbuk lada putih
  • 3 tangkai daun sup atau bawang dihiris halus
  • Cili padi hiris, kicap dan Minyak bijan sedikit untuk sos nya

Cara-cara :

  1. Letakan stok ayam dalam periuk.
  2. Letakan halia yang dititik dan kicap manis.
  3. Bila mula mendidih, letakan air campuran tepung jagung, garam secukup rasa dan serbuk lada hitam, gaulkan rata.
  4. Kemudian pecahkan 3 biji telur dalam mangkuk dan pukul hingga sebati.
  5. Tuangkan telur kedalam stok ayam, gaulkan perlahan hingga telur masak.
  6. Jangan sampai telur begentel.
  7. Letakan daun sup atau bawang. Perasakan sup nya.
  8. Sediakan cili padi, kicap dan minyak bijan sebagai sos nya. Sajikan panas-panas bersama hidangan lain.
  9. Boleh letakkan isi ketam, udang atau hirisan ikan dan cendawan kedalam sup telur ini.

Resepi Telur Gulung Goreng

telur gulung goreng
Imej via Facebook

Telur gulung goreng ialah antara hidangan telur yang amat disukai kanak-kanak. Menu ini memang paling digemari di negara jiran terutamanya dalam kalangan kanak-kanak sekolah. Hidangan ini unik kerana menggulung telur bersama sojej menggunakan lidi. Resepi daripada ‎Nurul Hanisah‎ di laman Facebook. Makan dengan sos jadi makin sedap.

Bahan-bahan :

  • Telur ayam 4 biji
  • Tepung ubi kayu 1/2 sudu besar
  • Bawang putih 2 ulas dicincang
  • Garam 1/2 sudu kecik
  • Serbuk lada sulah 1/2 sudu kecik
  • Serbuk perasa/chicken stok 1/2 kecil
  • Air kosong 80 ml
  • Sosej yang digoreng dan dicucuk lidi

Bahan Untuk dicecah :

  • Sos
  • Mayonis

Cara-cara :

  1. Ambil telur, tepung ubi kayu, bawang putih, garam, serbuk perasa, serbuk lada sulah dan air.
  2. Gaul sehingga sebati semua bahan.

Cara-cara Menggoreng :

  1. Minyak pastikan banyak kalau tak dia tak jadi.
  2. Ambil 1 senduk kecil dan tuang dalam kuali pelan-pelan dan tarik senduk ke atas baru jadi.
  3. Ambik sosej yang sudah dicucuk lidi dan gulung telur yang di dalam kuali.
  4. Angkat dan toskan minyak dulu.
  5. Siap untuk dimakan.
  6. Makan bersama sos dan mayonis.

Resepi Tart Telur Simple (Kulit Roti Gardenia)

tart telur
Imej via Facebook

Ini dia tart telur yang viral. Kalau biasanya resepi lain menggunakan adunan doh untuk kulit tart. Namun pada resepi yang dikongsikan oleh Anna Rozza‎ di Facebook ini menggunakan roti keping gardenia sebagai kulit tart. Mari tengok resepi simple namun sedap ini. Kena makan panas-panas baru rangup.

Bahan-bahan :

  • Roti gardenia
  • Bahan adunan telur
  • 5 biji telur
  • 300 gm susu segar
  • 50 gm susu pekat
  • 140 gm gula ising
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara :

  1. Ambil roti Gardenia dan gelek hingga leper.
  2. Gunting roti membulat mengikut saiz acuan.
  3. Tekan kepingan roti ke dalam acuan dan bakar lebih kurang 1o minit. (Agak-agak roti garing sikit, tujuan
  4. supaya senang nak masukkan adunan telur kalau tak bakar dulu nanti roti akan serap adunan telur).

Cara Menyediakan Adunan Telur :

  1. Satukan semua bahan dan pukul sehingga sebati.
  2. Tuang adunan telur ke dalam acuan roti yang telah dibakar sebentar tadi.
  3. Bakar kembali sehingga masak. Siap.

Resepi Telur Masak Kicap

telur masak kicap
Imej via Facebook

Telur digoreng separa masak, kemudian dimasak dengan rempah masak kicap yang lazat. Dimakan bersama nasi putih panas-panas. Boleh bertambah 2 pinggan makan nasi. Resepi dikongsikan oleh Roshida Rifqi Raisha Rayyan di laman Facebook. Gerenti sedap dan lazat.

Bahan-bahan :

  • Telur digoreng separa masak,
  • Bawang besar,
  • Bawang putih,
  • 3 sudu besar kicap manis,
  • 2 sudu besar sos cili,
  • Sedikit garam,
  • Cili api.

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukan kicap manis bersama sos cili dan kacau bagi sebati.
  3. Masukkan garam.
  4. Kemudian masukan telur dan balik-balikkan telur tersebut.
  5. Masukan bawang besar dan cili api.
  6. Tunggu mendidih boleh tutup api.

Resepi Telur Masak Sos

Imej via Facebook

Mudah sangat resepinya dikongsikan oleh Zuraini Mat Arshad di laman Facebook. Penyajiannya simple di mana telur digoreng mata terlebih dulu baru kemudian digaul dengan sos. Masak sekejap 5 hingga 10 minit boleh terus siap. Tidak rugi cubakan resepi ini. Sedap dimakan dengan nasi putih, nasi lemak dan nasi goreng. Selamat mencuba.

Bahan-bahan :

  • Telur goreng mata 5 biji,
  • Cili dan bawang dimesin dalam 2-3 sudu besar,
  • Sos cili 5 sudu besar,
  • Sos tomato 1 sudu besar,
  • Sedikit air,
  • Garam,
  • Gula,
  • Bawang besar potong bulat,
  • Cili api dibelah 2,
  • Minyak untuk menumis.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, masukkan cili mesin.
  2. Masukkan sedikit gula, kacau smpai cili garing.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau dan biar pecah minyak.
  4. Masukkan air (agak-agak kepekatan yang diinginkan).
  5. Masukkan garam, bawang besar dan cili api. Sesuaikan rasa.
  6. Reneh selama 10 minit. Tutup api.
  7. Tuang ke atas telur mata tadi. Pastikan sos rata di atas semua telur.
  8. Siap.

Resepi Telur Dadar ala Thai

telur dadar
Imej via Facebook

Ayam, daging dan ikan telah habis, memang kena buat telur lah agaknya. Sekalinya ingin buat telur dadar ala restaurant Thai. Telur dadar yang rangup dan garing, sedap, lazat, krup.. krap masa makan. Rupanya ada rahsia untuk buat telur dadar seperti itu. Bukan sama macam resepi telur dadar biasa.

Sebahagian orang mesti ada yang rasa percaya tak percaya dengan resepi ini. Tapi sebagai pencinta hidangan telur dadar maka anda patut cuba resepi ini resepi daripada Murni Rahmat di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 4 biji telur,
  • 1 sudu besar tepung,
  • Boleh guna tepung gandum, beras atau jagung,
  • 4 sudu air sejuk atau 2 ketul ais,
  • Garam/cukup rasa.

Cara-cara :

  1. Kacau telur sampai semuanya sebati.
  2. Panaskan minyak sampai betul-betul panas.
  3. Tuang telur daripada jarak yang tinggi.
  4. Satu bancuhan telur untuk 3-4 kali goreng sebab tidak boleh goreng sekaligus, nanti tidak jadi gebu macam dalam gambar.
  5. Nota : Kalau tidak ada air sejuk dan ais, masukkan saja bancuhan telur dalan peti ais beku dalam 5 minit bagi dia betul-betul sejuk sebelum digoreng.

Resepi Telur Bungkus ala Thai

telur bungkus
Imej via Facebook

Hidangan ini diberi nama telur bungkus kerana ianya berupa sayur-sayuran dan ayam cincang yang dibungkus dengan telur.  Kesedapan telur bungkus sangat bergantung kepada isi dalam yang berupa sayur dan ayam cincang tersebut. Telur bungkus sedap dimakan bersama nasi putih panas. Jom tengok resepi telur bungkus daripada ‎Nor Shakinah Md Zainal‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Isi ayam dipotong kecil,
  • 2 ulas bawang putih cincang,
  • Potong dadu 1/2 biji bawang besar,
  • Potong dadu suku batang carot,
  • Potong dadu 1/2 biji tomato,
  • Potong dadu sedikit cili merah,
  • Kalau mahu pakai mix vege pun boleh,

Cara-cara :

  1. Mula-mula panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih.
  2. Kemudian masukkan ayam dan kacau sekejap.
  3. Lalu masukkan 2 sudu besar sos cili jagung atau sos cili apa saja.
  4. Tambahkan 2 sudu besar sos Thai life.
  5. Masukkan lagi 1 sudu besar sos tiram, sedikit air dan secubit garam. Kacau sebati.
  6. Setelah itu masukkan carrot dan bawang besar. Biarkan masak selama dua minit.
  7. Akhir sekali masukkan tomato dan cili.
  8. Kacau-kacau dan siap bahagian isi telur bungkus.

Cara Membuat Telur dan Membungkus :

  1. Basuh 2 biji telur dan pecahkan dalam mangkok.
  2. Tambah sedikit garam dan pukul sebati telur.
  3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
  4. Lenggang telur hingga memenuhi kuali.
  5. Letakkan bahan isi tadi di atas telur.
  6. Tutup/bungkus.
  7. Angkat. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Telur Masak Kurma

kurma telur
Imej via Facebook

Layaknya masakan kurma ayam atau daging, kurma telur dimasak dengan santan, kentang, rempah dan bahan masak kurma di mana telur direbus bulat-bulat dan digoreng terlebih dulu. Kurma telur sesuai untuk anda yang ada alahan ayam/daging, boleh gantikan dengan telur. Makan nasi putih dengan kurma telur sedap sungguh merangsang selera. Resepi mudah dan lazat dikongsikan oleh Mariana Zainal di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 10 butir telur direbus hingga betul-betul masak. Kopek kulit dan goreng sekejap.Toskan,
  • 4-5 biji kentang (potong ikut suka),
  • 3 cawan santan dari 1 biji kelapa parut,
  • 10 biji cili padi hijau jangan buang tangkai (hiasan),
  • 2 tangkai cili merah potong serong (hiasan),
  • 2 ½ senduk minyak masak (untuk menumis),
  • 3-4 butir bunga lawang,
  • 1 biji bawang besar (hiris),
  • 5 ulas bawang putih (hiris),
  • Halia sebesar ibu jari (hiris).

Bahan Pes :

  • 3 paket kecil rempah kurma,
  • 1 sudu besar rata garam,
  • ½ sdt bahan perasa (ajinomoto),
  • 1 biji asam keping,
  • 3 tangkai daun kari,
  • 1 cawan air,
    (Kacau semua bahan ini untuk jadikan pes).

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumis bunga lawang, kayu manis dan bahan hiris hingga naik bau.
  2. Masukkan pes kurma dan tumis hingga betul-betul naik minyak.
  3. Masukkan kentang dan gaul sebati.
  4. Bila kentang sudah mulai lembut masukkan santan.
  5. Jika santan sudah mendidih, masukkan telur.
  6. Masukkan cili padi hijau dan cili merah.
  7. Jika sudah pekat, sesuaikan rasa.
  8. Siap.

Resepi Kari Telur Ubi Kentang

kari telur
Imej via Facebook

Kari telur enak dimakan bersama nasi putih. Selain sedap dimakan dengan nasi putih rupanya kari telur sedap dimakan dengan roti jala. Seperti resepi kari telur yang dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail di laman Facebook. Cik Ana membuat kari telur makan cicah dengan roti jala untuk anak-anak. Untuk semakin menarik, kari telur dicampur dengan ubi kentang.

Bahan-bahan :

  • 7 biji telur rebus,
  • Bawang merah, bawang putih dan halia (ditumbuk),
  • Daun kari,
  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelage),
  • 2 paket kecik rempah kari daging tambah 2 sudu besar kerisik, bancuh dengan sedikit air jadikan pes.
  • Ubi kentang 4 biji belah 4,
  • Cili padi (optional),
  • Asam keping 1,
  • Santan.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi dengan 4 sekawan dan daun kari sampai naik bau.
  2. Lepas itu masukkan pes kari dan kerisik tadi. Masak sampai pecah minyak. Kacau sekali sekala takut rempah berketul.
  3. Bila sudah betul-betul pecah minyak masukkan sedikit air (ikut banyak mana kuah kita inginkan) dan ubi kentang. Masak sampai ubi kentang empuk.
  4. Kemudian masukkan asam keping, cili padi dan santan sedikit.
  5. Masukkan telur dan perasakan dengan garam dan aji sedikit. Bila rasa semua sudah okay boleh tutup api. Siap.

Resepi Sup Tauhu Telur (Mudah dan Lazat)

resepi sup tauhu telur
Imej via Facebook

Tauhu telur atau tauhu jepun memiliki tekstur yang lembik dan lembut. Berbeza dengan tauhu pada umumnya yang agak keras, rasa tauhu telur pun tidak terlalu masam dan tidak keras. Anak-anak juga sangat menyukai sup tauhu telur kerana rasanya sama sekali tidak pedas dan simple. Anda yang teringin menghidangkan sup tauhu telur untuk keluarga anda di rumah, sila cuba resepi yang dikongsikan oleh Salina Ismail di Facebook.

Bahan-bahan :

  • Tauhu telur, goreng dengan minyak betul-betul panas.
  • Bawang putih cincang.
  • Serbuk lada hitam.
  • Udang/isi ayam.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • Cendawan shimeji/fresh shitake.
  • Lobak merah, hiris halus memanjang.
  • Daun sup, hiris.
  • Tepung ubi, bancuh dengan sedikit air (kalau ingin ganti dengan tepung jagung pun boleh).
  • 2 biji telur, pukul dengan garfu.
  • Garam.
  • Serbuk perasa (kalau suka).

Cara-cara :

  1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan udang/ayam dan serbuk lada hitam.
  2. Masukkan sos tiram, air dan cendawan.
  3. Bila sudah mendidih, masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam. Sambil kacau kuah sup tuang bancuhan tepung ubi. Jangan sampai bergentel.
  4. Masukkan tauhu yang sudah digoreng.
  5. Perlahankan api. Tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran (maksudnya jangan tuang setempat).
  6. Biarkan dalam dalam beberapa saat. Tutup api kemudian baru dikacau. Tujuannya supaya telur nampak seperti bertali.
  7. Akhir sekali baru tabur daun bawang dan kacau rata.

Resepi Acar Telur Masin

acar telur masin
Imej via Facebook

Resepi ini ialah yang paling mudah. Sangat sesuai untuk anda yang ingin makan hidangan praktis namun sedap. Acar memang takde dimasak ya. Semua bahan ialah mentah. Jom tengok resepinya perkongsian ramai daripada Kak Ida’s Kitchen‎ di Facebook seperti di bawah ini.

Bahan-bahan :

  • Telur masin direbus
  • Bawang besar @ cili api @ cili hijau @ cili merah dihiris
  • Carrot@ daun pegaga dan tomato
  • Cuka @ gula @ sedikit garam

Cara-cara :

  1. Keluarkan telur dari kulit dan belah 4.
  2. Gaul smua bahan.
  3. Siap.

Resepi Telur Kicap Cabai Masam Manis

Imej via Facebook

Seterusnya resepi telur kicap cabai masam manis yang semestinya membuka selera anda. Perasa masam manis menaikkan selera makan. Apalagi ini bukan menu telur kicap manis biasa. Rasa pedas mengambil peran agar rasanya tidak menjemukan. Resepi telur kicap cabai masam manis dikongsikan oleh ‎Kay Ahmad‎ di Facebook.

Bahan-bahan :

  • Telur,
  • Kicap,
  • Bawang besar dihiris.

Cara-cara :

  1. Goreng telur mata. Angkat.
  2. Tuang sedikit kicap masa telur tengah panas.
  3. Dalam minyak yang sama, goreng bawang besar yang dihiris-hiris.
  4. Goreng sampai layu jangan terlampau garing nanti tidak sedap.
  5. Masukkan hirisan cabai melaka. Goreng sekejap.
  6. Tambah gula, garam secukup rasa. Biar sekejap jangan kacau-kacau.
  7. Biar gula berkaramel dengan bawang dan cabai. Ini akan menimbulkan kesan garing pada bawang.
  8. Akhir sekali tuang kicap sedikit ke dalam bawang dan geng.
  9. Bila makan boleh perah asam limau.

Resepi Telur Madu 3

Imej via Facebook

Resepi menarik berikut ini ialah telur madu tiga. Siapa pernah makan hidangan ini? Orang sarawak biasanya tahu telur madu tiga ini bukan? mari cuba buat resepi yang unik ini bersama resepi oleh Amoi Sha di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 4 biji telur ayam*,
  • 4 biji telur masin*
  • 4 biji telur hitam @ telur padi,
    (Yang bertanda* direbus dahulu),
  • 12-14 biji telur ayam (jangan drebus whisk saja semua),
  • Bawang goreng sedikit,
  • Penyedap rasa secukupnya,
  • Daun sup ikut suka ingin banyak mana.
  • Cili boleh letak kalau ingin pedas.

Cara-cara :

  1. Potong 6 setiap sebiji telur yang direbus tadi termasuk telur hitam.
  2. Pecahkan 12 biji -14 biji telur tadi di bekas lain. Kacau guna whisk saja.
  3. Masukkan cukup rasa, kacau sebati dan masukan daun sup, bawang goreng, cili jika ingin pedas. Sentiasa kacau sebati.
  4. Sediakan loyang saiz 7 alas dengan partchement paper.
  5. Susun semua telur di atas dasar permukaan loyang kemudian tuang rata telur yang sudah di whisk tadi.
  6. Kemudian susun lapis kedua telur rebus tadi dan tuang lagi telur yang sudah di whisk tadi dan buat step macam itu sampai telur habis.
  7. Akhir sekali taburkan bawang goreng dan daun sup di atas permukaan terakhir.
  8. Panaskan pengukus dan kukus telur tadi selama 40 minit @ sehingga masak.
  9. Tunggu sejuk sedikit baru boleh dipotong. Siap untuk dimakan dengan nasi panas.

‎Resepi Pindang Telur

Imej via Facebook

Telur pindang selalunya dapat sambutan bila tiba musim kenduri. Sekarang adakah telur legend ini masih dapat sambutan lagi? Memandangkan harga telur sudah mahal dan cara pembuatannya pun makan masa 4 sampai 5 hari. Siapa yang mencari resepi pindang telur ayuh cubakan resepi orang dulu-dulu yang dikongsikan oleh ‎Cahaya Hidayah Qaseh di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Rempah kari,
  • Jintan manis,
  • Jintan putih,
  • Biji ketumbar,
  • Kicap pekat,
  • Garam,
  • Gula,
    (Jintan dan ketumbar semua diblend kasar).

Bahan Daun-daun :

  • Daun senduduk (dengan tangkai sekali),
  • Daun manggis,
  • Daun lengkuas,
  • Serai serta daunnya sekali,
  • Daun jambu batu (dengan tangkai sekali),
  • Kulit bawang (lagi banyak lagi sedap baunya).

Cara-cara :

  1. Satukan semua sekali dalam 1 periuk. Daun-daun serta rempah-rempah letak di bawah separuh.
  2. Kemudian letak telur.
  3. Ambil separuh daun lagi, tutup bahagian atas telur tadi. Biar telur terendam dengan daun-daun.
  4. Semua bahan sekali agak-agak sahaja tanpa sukatan. Tapi Biar cukup rasa.
  5. Kemudian rebus dalam api perlahan selama 4-5 hari. Kalau ingin lagi sedap biar 6-7 hari. Siap.

Resepi Telur Burung Masak Thai

Imej via Facebook

Selain telur ayam dan telur itik, telur burung juga menarik perhatian ramai. Ciri hidangan Thailand mestilah ada rasa asam. Rasa asam itulah yang menaikkan selera makan. Sila cuba masak hidangan ini, resepi dikongsikan oleh ‎Siti Fatimah di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Telur burung 20 biji direbus dulu,
  • Bawang kecil 3 ulas,
  • Bawang putih 2 ulas,
  • Halia 1 inci,
  • Cili merah 2 biji,
  • Cili padi 6 biji,
  • Sedikit belacan,
  • Serai 1 batang,
    (Semua bahan di atas ditumbuk).
  • Sedikit air asam jawa atau 2 sudu besar jus lemon,
  • Sedikit pati ayam knorr,
  • Garam dan gula.

Bahan Hiasan :

  • Sebiji bawang besar,
  • Sebiji cili merah,
  • Daun bawang (dihiris),
  • Cili padi 6 biji,
  • Daun limau purut 5 helai.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Masak sampai pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan telur.
  4. Masukkan air asam jawa.
  5. Masukkan pati ayam knorr.
  6. Masukkan garam dengan gula.
  7. Masak sampai kuah pekat.
  8. Akhir sekali masukkan hiasan. Siap.

Resepi Telur Dadar Celup Tepung

Imej via Facebook

Jika anda selalu menjumpai omelette yang lembut, kali ini kami hadirkan kepada anda resepi omelette crispy pula. Rasanya bukan main sedap, ada garing di luar namun juicy di dalam. Rasanya jadi makin sedap dan lazat. Resepi dikongsikan oleh Nur Fakhira Mohd Rosli di laman Facebook. ⁣

Bahan-bahan :⁣

  • 4 biji telur,
  • Secubit garam,
  • Sedikit lada sulah Ajishio,
  • Minyak masak secukupnya,
  • ½ cawan tepung bestari,
  • Suku cawan air sejuk.

Cara-cara :

  1. Pukul telur dengan garam dan lada sulah sampai sebati.⁣
  2. Panaskan dua sudu minyak. Goreng telur dadar. Dah siap, angkat.
  3. Bancuh tepung bestari dengan air sejuk sampai sebati.
  4. Potong telur dadar.
  5. Panaskan secawan minyak masak.
  6. Celup telur dadar kedalam tepung dan goreng dalam minyak yang panas.⁣
  7. Goreng sampai garing, angkat dan toskan minyak. Siap.

Resepi Telur Mata Bawang Sedap

Imej via Facebook

Biasanya kalau masak telur mata, makan dengan kicap sahaja. Selain buat masak kicap dan masam manis atau masak merah. Pada resepi ini kami buat lain sedikit. Resepi daripada ‎Wan Nooraihan di laman Facebook. Telur mata cantik dan memang sedap. Buat pun senang.

Bahan-bahan :

  • Telur,
  • Bawang merah,
  • Garam halus,
  • Bawang Holland,
  • Cili,
  • Minyak.
  • Kicap,
  • Asam limau.

Cara-cara :

  1. Mula-mula goreng telur mata macam biasa.
  2. Kemudian goreng bawang merah untuk buat bawang goreng. (Tips bawang goreng rangup : guna bawang siam. Gaul dengan garam halus sebelum goreng). Ketepikan.
  3. Goreng bawang besar holland dan cili api. Kalau suka pedas, banyakkan cili tu.
  4. Goreng telur guna minyak zaitun. Kalau tidak ada, pakai minyak biasa saja. Ketepikan.
  5. Tabur segala bawang tadi di atas telur mata.
  6. Curah kicap.
  7. Perah asam limau nipis. Siap.

Resepi Telur Sambal Hancur

Imej via Facebook

Resepi telur yang paling lazat. Masakan telur ini sangat menyelerakan. Siapa yang pernah makan mesti tahu betapa sedapnya telur masak macam ini. Masak telur macam ini boleh jimat masak sedikit untuk makan ramai-ramai. Resepi dikongsikan oleh ‎Hasnah Hassan‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 labu bawang besar,
  • 2 ulas bawang putih,
  • Cili padi dan cili besar, (ikut citarasa ingin banyak mana)
  • ½ kiub pati bilis,
  • Gula secukup rasa,
  • Sedikit garam,
  • Telur 5 biji,
  • Air.

Cara-cara :

  1. Kisar kasar atau tumbuk bawang dan cili tadi jangan lumat sangat biar kasar sedikit.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk tadi sampai pecah minyak.
  3. Bubuh kiub, gula dan garam.
  4. Bubuh air anggaran dalam 1 cawan.
  5. Masukkan telur satu persatu.
  6. Biarkan telur masak sekata. Jangan dikacau kuat sangat. Kalau telur sudah masak baru tutup api.

Resepi Parpu Telur

Imej via Facebook

Pernahkah anda makan parpu telur? Rugi siapa yang tidak makan parpu telur. Parpu telur dimasak dengan kacang parpu atau dal. Parpu telur ala-ala masakan india. Sila cubakan resepi parpu telur daripada Masni Bahari di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Kacang parpu atau dall dibasuh dan direbus,
  • Telur direbus atau telur pecah,
  • Santan,
  • Ubi kentang,
  • Garam dan serbuk perisa,
Bahan Blend :
  • Bawang besar,
  • Halia,
  • Sebuk kunyit,
Bahan Tumis Darat :
  • Bawang besar dihiris,
  • Bawang putih dihiris,
  • Cabai kering dipotong ikut suka,
  • Daun kari,
Cara-cara :
  1. Rebus kacang parpu besama air.
  2. Kemudian tuang bahan blend, rebus lagi sampai empuk.
  3. Bila kacang sudah empuk bubuh ubi kentang.
  4. Bila ubi sudah lembut boleh tuang santan, garam, serbuk perisa dan telur. Kalau mahu bubuh telur pecah, masa kuah mendidih terus masukkan telur.
  5. Kemudian tumis bahan tumis darat. Tumis agak-agak kekuningan dan tuang dalam masak parpu tadi. Siap.

Resepi Telur Itik Masak Lemak Cili Api

Imej via Facebook

Menu kampung satu ini gerenti bikin rindu masakan mak. Hidangan lemak pedas ini jadi kegemaran ramai kerana amat mudah menyediakannya. Telur itik pula boleh direbus atau dipecah. Memang padu sangat dapat makan dengan nasi putih. Resepi didatangkan daripada SuiSan Aliezsha di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 1 biji kelapa parut,
  • Cili api ditumbuk,
  • Kunyit hidup ditumbuk,
  • 1 batang serai diketuk,
  • Telur itik,
  • Kundang muda dan peria,
  • Asam keping 1.
Cara-cara :
  • Perah kelapa dan masukkan santan ke dalam kuali.
  • Masukkan cili yang ditumbuk.
  • Masukkan serai.
  • Masak sehingga kuah pekat dan permukaan santan kelihatan licin, pastikan sentiasa dikacau untuk elak santan berketul.
  • Kemudian masukkan asam keping, kundang dan peria dalam beberapa minit. Perlahankan api.
  • Pecahkan telur itik sebiji demi sebiji.
  • Agak-agak telur putih sudah kelihatan warnanya naik, besarkan api dapur dalam sederhana. Kacau jangan terlalu kuat dan tidak perlu terbalikkan telur.
  • Biarkan beberapa minit lalu padamkan api. Untuk masak telur itik tidak perlu lama nanti keras putihnya tidak sedap, biar lembut dan kuningnya separa cair baru sedap, selamat mencuba semua.

Resepi Telur Sramble Kicap

Imej via Facebook

Masak telur scramble kicap kemudian gaul dengan nasi panas. Makanan ini kegemaran masa kecil-kecil dulu. Berjaya juga pujuk anak makan dengan menu ini. walaupun simple tapi menu ini sedap. Jom suap anak dengan lauk ini. Resepi didatangkan daripada Sue Fami di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Minyak,
  • Telur,
  • Kicap.
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak, masukkan telur.
  2. Kemudian masukkan kicap, kacau macam buat scramble.

Resepi Telur Masak Tauco

Imej via Facebook

Petang-petang masak telur masak tauco. Makan dengan nasi putih panas dengan sambal goreng sedikit, sedap tiada kata. Resepi yang dikongsikan oleh Zaiton Salleh di laman Facebook adalah senang sangat. Sila cubakan.

Bahan-bahan :
  • 1 biji bawang besar,
  • 1 ulas bawang putih,
  • 1 sudu makan tauco (cuci dulu),
  • 1 asam keping,
  • Sedikit cili kisar,
  • Kicap pedas,
  • Cili api 3-4 batang,
  • Belimbing buluh 5-6 biji,
  • Daun bawang.
Cara-cara :
  1. Tumis bawang besar, bawang putih, dan cili api sampai layu.
  2. Masukkan air, asam keping, belimbing, dan tauco.
  3. Pecahkan telur.
  4. Akhir sekali masukkan daun bawang.
  5. Biar mendidih. Siap. (Tiada garam ya)

Resepi Sup Telur Chinese Style 

Imej via Facebook

Segar dan simple sangat, anak-anak pun suka. Siapa nak makan menu sihat sup telur ala Chinese? Kami ada resepinya didatangkan daripada Sue Fami di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Bawang putih (cincang halus),
  • Halia (cincang halus),
  • Kiub pati ayam (tiada MSG),
  • Filamen ketam (dihiris nipis),
  • Telur ayam (dibancuh),
  • Tepung jagung (dibancuh).
Cara-cara :
  1. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
  2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
  3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
  4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
  5. Tambahkan perasa secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
  6. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang dan minyak bijan.

Resepi Wrap Telur

Imej via Facebook

Menu ringkas dan mudah sesuai untuk sarapan. Menu pantas untuk anda yang tidak banyak masa di dapur. Wrap telur menggunakan kulit wrap dan telur dadar. Tampak menyelerakan bukan? Sila cuba resepi wrap telur daripada Rusmanira Mustapha yang berkongsi di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Tomato,
  • Brokoli,
  • Bawang merah,
  • Carrot,
  • Telur 2 biji.
Cara-cara :
  1. Potong dadu semua bahan.
  2. Pecahkan telur 2 biji,
  3. Letak garam dengan serbuk lada hitam. Kacau rata.
  4. Panaskan kuali non stick. Boleh letak minyak sedikit.
  5. Masukkan telur. Jika telur sudah separuh masak, tekapkan wrap tadi. (Wrap sejuk pun tidak apa, pastikan telur sudah masak sebelah).
  6. Kemudian baru terbalikkan. Buat secara cermat ya.
  7. Jika sudah siap, gulungkan.
  8. Boleh letak sos dan mayonis. Siap dah boleh dimakan.

Resepi Telur Dadar Rangup

telur dadar
Imej via Facebook

Nampak biasa saja, tapi rasanya memang luar biasa. Masak telur letak tepung jagung dan bawang putih, bila sudah goreng jadi wangi semerbak. Jom ikut resepi daripada Nana Sabrina Sarsan di laman Facebook. Crunchy krup krap krup krap.

Bahan-bahan :

  • Telur dua biji
  • Tepung jagung 1 sudu teh penuh
  • Daun sup dan daun bawang hiris
  • Bawang merah dadu
  • Bawang putih hiris (saya kisar)
  • Cili merah hiris
  • Nak letak cili padi pun boleh
  • Serbuk perasa ayam
  • Garam

Cara-cara :

  1. Campur semua bahan dan kacau sampai berbuih.
  2. Cara goreng. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali hingga kuali berasap.
  3. Masukkan 1 senduk telur kemudian goreng hingga garing.
  4. Kalau 2 biji telur saya goreng 2x supaya lagi rangup.

Resepi Telur Sarang

telur sarang
Imej via Facebook

Telur sarang ini menjadi pilihan selain daripada telur dadar. Bentuknya yang hampir sama namun terdapat perbezaan sedikit pada bahan yang digunakan. Mari tengok resepi mudah daripada Alia Ismail‎ di laman Facebook. –

Bahan-bahan :

  • Telur sebiji
  • 2 setengah sudu besar air putih/paip
  • Garam pink sedikit kalau nak
  • Minyak yang banyak

Cara-cara :

  1. Panaskan kuali dengan api yang besar sangat, tuang minyak yang banyak.
  2. Kacau telur, masukkan air, kacau lagi sampai berbuih-buih telur uols.
  3. Kemudian tuang telur dalam minyak yang panas, tarik mangkuk tinggi-tinggi supaya telur jatuh dengan tali halus dalam kuali dan merebak ke seluruh minyak.
  4. Tutup api besar/kecilkan api. Sila tunggu dengan sabar.
  5. Bila sudah nampak tepi garing, boleh terbalikkan.
  6. Terbalikkan lagi sekali bila sudah garing. Angkat dan toskan.
  7. Kalau tak suka telur garing sangat, boleh kurangkan masa masak.
  8. Siap.

Note : Kalau untuk niaga tak apa minyak banyak. Anda jangan pakai minyak banyak-banyak. Nak lagi sihat goreng pakai minyak kelapa tanak ya.

Resepi Telur Sambal Cili Padi

sambal goreng telur cili padi
Imej via Facebook

Favorite along makcik. Sambal telur cili padi. Boleh makan dengan pulut kukus. Memang berpinggan makan nanti. Jom buat di rumah. Resepi perkongsian ramai daripada CikMar Jhd‎ di Facebook ini confirm akan menitik air liur anda.

Bahan-bahan :

  • Cili padi + cili merah
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Belacan
    (Blender/tumbut lumat)
  • Garam/gula/sedikit air asam jawa
  • Telur ayam
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis semua bahan sampai pecah minyak.
  3. Masukkan air dan bahan-bahan perasa.
  4. Jika sudah mendidih, pecahkan telur sebiji-sebiji.
  5. Tunggu telur masak.
  6. Tutup api. Siap.

Resepi Telur Gulung

telur gulung
Imej via Facebook

Resepi telur gulung yang lembut, renyah dan sedap. Pada resepi ini Faizah Rosdi di Facebook menggunakan kuali leper untuk memudahkan proses menggulung telur. Tunggu apalagi jom tengok resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan :

  • Telur 4 biji (ikut nak guna 2,3 biji)
  • Cili besar merah 2 biji *
  • Daun bawang sikit *
  • Daun sup sikit*
  • Carrot*
  • Maggie cukup rasa
  • Garam

Cara-cara :

  1. Cincang halus/potong dadu bahan2 bertanda *
  2. Masukkan telur, maggie cukup rasa dan garam. Kacau sampai sebati.
  3. Sudah boleh terus masak.
  4. Dalam kuali leper gulungkan telur.
  5. Sudah siap goreng, potong telur ikut suka.
  6. Siap.

Resepi Menarik Lain

Resepi-resepi di atas sangat mudah dan menarik kan? Selain resepi telur, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.